HAMBURG: Malaysia menyambut baik langkah Australia mendanai kembali Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
"Ada anjakan daripada pendirian dulu kepada tuntutan dihentikan serangan dan ditambah peruntukan bantuan kemanusiaan," katanya pada sidang media di hujung lawatan enam harinya ke Berlin dan Hamburg.
Menteri Luar Australia Penny Wong pada hari Jumaat berkata Australia yang membekukan pembiayaan kepada UNRWA Januari lepas, akan meningkatkan bantuan kepada Gaza yang terkepung, semasa beliau melahirkan rasa ngeri dengan konflik kemanusiaan yang semakin merosot di kawasan berkenaan.
Langkah Australia itu dilihat menuruti langkah yang telah diambil Sweden, Suruhanjaya Eropah dan Kanada, mengembalikan semula pembiayaan kepada agensi berkenaan.
Semasa pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin menjelang sidang kemuncak ASEAN-Australia di Melbourne awal Mac, Anwar telah menggesa Albanese mengembalikan semula pembiayaan UNRWA di Gaza sebagai cara 'paling berkesan' untuk membantu orang awam.
Sementara itu berhubung gesaan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono supaya Malaysia mengkaji semula memorandum persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pekerja sektor formal dari negara itu, Anwar berkata terdapat mekanisme tertentu dan proses biasa yang perlu dihormati.
Perdana Menteri berkata beliau akan meminta Menteri Sumber Manusia Steven Sim membincangkan isu itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia.
"Sudah tentu duta besar boleh mengemukakan pandangan. Kita mempunyai hubungan baik dengan Indonesia, ia adalah negara yang sangat penting kepada kita dan rakan yang sangat rapat," katanya.
Hermono memberitahu media tempatan di Malaysia bahawa antara isu yang memerlukan perhatian ialah keperluan kedutaan untuk menyelia proses pengambilan pekerja di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Langkah Australia itu dilihat menuruti langkah yang telah diambil Sweden, Suruhanjaya Eropah dan Kanada, mengembalikan semula pembiayaan kepada agensi berkenaan. - AP
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prospek dan cabaran ekonomi Malaysia separuh kedua 2024
Kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus bagi 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh enam bulan lalu dan apakah yang akan menjadi perhatian di kalangan pelabur untuk prestasi separuh tahun kedua 2024?
Prestasi FBMKLCI: Unjuran enam bulan akan datang
Setakat 31 Mei 2024, Indeks Komposit FBMKLCI ditutup pada 1,596.68 mata, mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 1.3% dari bulan ke bulan. Ini merupakan kenaikan mengagumkan sebanyak 9.3% dari awal tahun. Indeks ini menunjukkan prestasi yang kuat dengan mencapai tahap signifikan 1,600
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum
ATSB telah membuka siasatan terhadap pesawat Boeing 737-800 Batik Air Indonesia yang disyaki terbang di bawah altitud minimum.
Penyelidik di Australia temukan kaitan antara dengkur dan tekanan darah tinggi
Menurut kajian, individu yang kerap berdengkur pada waktu malam lebih cenderung mempunyai tekanan darah tinggi dan hipertensi tidak terkawal.
Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria Australia
Pihak berkuasa tempatan di negeri Victoria, Australia melaporkan bahawa virus selesema burung telah dikesan di ladang keenam, yang sudah dalam kuarantin.
Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun
Festival itu mengumpulkan semua restoran di kawasan Darwin yang bakal bersaing untuk mendapat gelaran Laksa Serantau Terbaik.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.