Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memberitahu, setakat ini hanya Datuk Hamidah diambil tindakan biarpun terdapat hal berkaitan diutarakan dalam mesyuarat berkenaan.
"Majlis Tertinggi turut memutuskan mesyuarat sayap untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini tidak dijalankan serentak, sebaliknya akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.
"Ini adalah atas permintaan ketua sayap dan ahli Majlis Tertinggi menghormati keputusan mereka," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Najib turut memberitahu tujuan mesyuarat tersebut diadakan di pekarangan Parlimen.
"Mesyuarat hari ini dibuat di bangunan Parlimen kerana takut jika ada pengundian berlaku di sidang parlimen dan kita mahu pastikan kehadiran orang kita hari ini," katanya.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kali ini tidak dihadiri Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.