Dua calon yang bertanding masing-masing bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Bahagian hari ini menghantar surat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) bagi menyuarakan tidak puas hati berhubung keputusan yang diumumkan kelmarin.
Surat bantahan itu dihantar oleh wakil calon Naib Ketua Pemuda UMNO pusat Khairul Azwan Harun dan calon Ketua Wanita Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman.
Wakil calon yang juga pencadang Khairul Azwan, Mohamad Annuar Ariffin berkata beliau menyerahkan surat bantahan itu kepada Pengerusi JPU Tan Sri Tajol Rosli Ghazali kira-kira pukul 5 petang Isnin.
Katanya keputusan seri 73 undi yang diumumkan antara Khairul Azwan dan seorang lagi calon, Jamawi Jaafar tidak relevan kerana mereka mendapati undian yang diperoleh Khairul Azwan sebelum pengumuman dibuat adalah lebih daripada jumlah itu.
"Atas sebab itulah kami menghantar surat bantahan ini kerana berdasarkan kepada laporan 'War Room' Khairul, beliau mempunyai lebih daripada 73 undi berbanding yang diumumkan JPU, dan kami punya bukti berdasarkan wakil calon di bahagian yang dimenanginya," katanya dalam sidang media, di sini pada Isnin.
Mohammad Annuar berkata mereka memohon JPU supaya meneliti surat yang dikemukakan mereka dan tidak mengguna pakai keputusan seri yang diumumkan kelmarin.
Beliau berkata pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan seri yang akan membawa kepada pengiraan undi popular.
"Ia tidak adil kepada Khairul sekiranya kemenangan ditentukan berdasarkan undi popular... Ini bukan soal yakin tidak yakin (undi popular), ini adalah soal yang kami sudah ada majoriti," jelasnya.
Semalam, Tajol Rosli berkata keputusan siapa Naib Ketua Pemuda UMNO pusat akan diumumkan selepas Aidiladha berdasarkan kiraan undi popular berikutan dua calon teratas jawatan itu memperoleh undi seri, masing-masing 73 undi daripada 190 bahagian.
Sementara itu, Hamidah yang turut menghantar surat bantahan kepada JPU pada Isnin berkata pihaknya mendapati wujudnya kertas undian lebih daripada jumlah perwakilan yang hadir mengundi pada hari pengundian tiga hari lepas.
"Jumlah perwakilan bahagian yang hadir pada hari itu iaitu 315 orang, namun selepas diumumkan keputusan didapati jumlah keseluruhan kertas undian termasuk undi rosak sebanyak 328 keping menyebabkan lebihan sebanyak 13 undian," katanya.
Beliau juga mendakwa ketika pengiraan undi dibuat, peti undinya didapati dibiarkan disimpan selama lima jam iaitu dua jam di bilik undi dan tiga jam di pusat pengiraan tanpa ada wakil calon di dalam bilik itu.
"Kami dihalau keluar setelah peti undi itu diletakkan di kedua-dua bilik berkenaan dan hanya ada pemerhati sahaja yang dibenarkan berada di dalamnya.
"Ia tidak adil kerana sepatutnya ada wakil calon berada di dalam bilik, oleh itu saya amat terkejut dengan keputusan kalah itu dan saya minta JPU menyemak semula keputusan itu," katanya.
Bernama
Mon Oct 14 2013
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Keluar parti: Rakyat boleh nilai, banding jasa Tun Mahathir dengan Hamidah - Pejuang Perak
Ketua Pejuang Perak, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata GTA ditubuhkan atas dasar mahu menyelamatkan kelangsungan bangsa.
Kecewa Putra sertai GTA, Hamidah umum keluar parti serta-merta
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta, hari ini.
PRN Melaka: Putra umum bertanding, yakin peluang menang cerah
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengumumkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Dakwaan salah guna kuasa: Ahmad Faizal sedia beri kerjasama kepada SPRM
Hamidah membuat laporan kepada SPRM susulan surat tular di media sosial berhubung skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa.
UMNO sudah tidak percaya jika Hamidah buat 'U-turn' - Yusoff Kassim
Datuk Yusoff Kassim, bagaimanapun tidak menafikan bahawa kepercayaan terhadap bekas ketua Wanita UMNO bahagian Gopeng itu, di kalangan ahli peringkat akar umbi, sudah lama hilang.
'Demokrasi UMNO bukan politik pasar' - KJ
Amalan demokrasi UMNO sentiasa mengutamakan ketegasan terhadap mana-mana ahli yang melakukan tindakan melampaui batas sejak dahulu sehingga sekarang.
Ketua Wanita UMNO Gopeng dipecat, perasmian sayap oleh ketua sayap
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini memutuskan Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman dipecat atas pelanggaran disiplin parti.
Dua calon hantar surat bantahan, tidak puas hati keputusan pemilihan
Dua calon yang bertanding masing-masing bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Bahagian hari ini menghantar surat bantahan