Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap 12 pegawai polis yang disyaki menerima rasuah bagi melindungi pemandu lori lebih muatan sehingga ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Abdul Hamid berkata, masih ada pegawainya yang masih mengamalkan budaya tersebut walaupun pelbagai amaran dan nasihat telah diberikan sebelum ini.
Katanya, beliau masih belum menerima laporan lengkap berhubung penahanan 12 pegawai berkenaan namun mengalu-alukan tindakan agensi antirasuah itu dalam menjalankan tugas mereka.
"Saya tidak boleh kata apa, kecewa memang kecewa dan yang lebih menyedihkan ahli keluarga terpaksa menanggung kesan akibat perbuatan itu.
"Yang mengambil (rasuah) adalah suami, kalau mereka tidak fikir nasib keluarga, maka teruskanlah, namun bila tertangkap tiada lagi sesalan kerana sudah cukup larangan, amaran dan nasihat diberi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 264 pegawai dan anggota polis yang berkhidmat ketika zaman darurat yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan di Dewan Ketua Polis negara, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini.
BACA: SPRM reman 12 polis lindungi lori lebih muatan di Pulau Pinang
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, SPRM akan melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"Sekiranya kertas pendakwaan gagal mengemukakan bukti yang cukup, pegawai dan anggota yang terlibat dengan rasuah ini akan dikenakan tindakan disiplin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya masih tidak berputus asa dan menerusi Jabatan Pengurusan akan terus berusaha memberikan kesedaran kepada pegawai dan anggota bagi mengelak daripada pengambilan rasuah," katanya.
Semalam, seramai 12 pegawai polis dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang ditahan SPRM kerana dipercayai melindungi pemandu lori lebih muatan.
Sebelas daripada mereka ditahan di sekitar Pulau Pinang, manakala seorang lagi di Kuala Lumpur dalam satu operasi khas SPRM antara pukul 10 pagi hingga 6 petang semalam. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 11 2020

Abdul Hamid kecewa, masih ada pegawainya yang masih mengamalkan budaya rasuah walaupun pelbagai amaran dan nasihat telah diberikan sebelum ini. - Gambar Astro AWANI
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.

Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.

PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.

Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.

Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.

Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.

Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.

Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.