Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan Supt Shaikh Azhar Shaikh Omar berkata Allahyarham Ab Rahman, 59, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 3.45 petang tadi.
"Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Datin Che Nat Hassan," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak.
Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim. -- Bernama
Bernama
Sun Apr 02 2017
Allahyarham Ab Rahman, 59, (gambar) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 3.45 petang tadi. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Ab Rahman mesra masyarakat dan disegani dalam pucuk pimpinan PDRM
Pendekatan mesra masyarakat yang diterapkan Allahyarham Datuk Dr Ab Rahman Ismail dalam memimpin kontinjen Kelantan membuatkan beliau disegani dalam pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia.
TPM Ahmad Zahid sertai solat jenazah Ab Rahman
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyertai solat jenazah Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail di Masjid Bukit Aman.
Ketua Polis Kelantan meninggal dunia
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung hari ini.