SHAH ALAM:Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata Allahyarham mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan kuman dalam darah.
"Allahyarham masuk hospital sejak dua minggu lepas, dia mengalami batu karang tersumbat dalam hempedu. Selepas itu, terdapat jangkitan kuman dalam darah dan sehingga semalam, komplikasi itu menyerang pada jantungnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata jenazah Baharom, 54, akan dibawa dari PPUM ke Masjid Bilal Bin Rabah di Taman Koperasi Polis untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini.
Hussamuddin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang rajin, berdedikasi, tegas dan teliti dalam pekerjaannya serta berjaya melakukan transformasi terhadap surat khabar Sinar Harian.
“Allahyarham seorang yang baik dan tidak banyak bercakap, beliau hadir siang malam setiap hari ke tempat kerja. Sejak dua tahun lepas, Allahyarham bertungkus lumus dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Farah Hussamuddin untuk menambah baik dan membuat transformasi bagi pengisian editorial.
“Sumbangan Allahyarham sangat besar, Sinar Harian kini merupakan surat khabar nombor satu di Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Hussamuddin memaklumkan berita kematian Allahyarham menerusi ciapan di Twitternya.
“Hari ini, Sinar Harian terpaksa merelakan sebuah pemergian. Semoga Allahyarham Datuk Baharom Mahusin, yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau di PPUM damai di sana. Saya bersaksi bahawa arwah seorang yang amat baik. Semoga Allah SWT memberi tempat terbaik buat beliau,” tulisnya.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan warga kerja Sinar Harian.
“Kerjasama Allahyarham dengan Mapim sangat bermakna dan dihargai serta pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat dunia kewartawanan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah turut berkongsi kesedihan atas berita berkenaan di Twitternya.
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Sedih menerima perkhabaran kembalinya Datuk Baharom Mahusin, Ketua Pengarang Sinar Harian ke rahmatullah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin,” tulis beliau dalam ciapan di media sosial itu.
Baharom yang dilahirkan di Kuantan, Pahang dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian pada April 2019. Beliau bermula sebagai wartawan sebelum menjadi pewarta Utusan Malaysia di London antara 1994 hingga 1997. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Editor di akhbar Kosmo!.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
![Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605574806_DatukBaharomMahusi.jpg)
Datuk Baharom Mahusin, Ketua Pengarang Sinar Harian. - Foto Sinar Harian
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
![Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609737425_RozaidAbdulRahman.jpg)
Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian
Wartawan veteran Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian merangkap Ketua Pegawai Pengisian yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
![Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605574806_DatukBaharomMahusi.jpg)
Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya.