Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meneruskan tindakan undang-undang terhadap anggota Parlimen (MP) Temerloh Nasrudin Hassan kerana gagal memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.
Lim berkata notis tindakan dihantar semalam kepada anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk 'Apa beza Kidex dan Penang tunnel?", pada 6 Ogos lepas.
Beliau berkata Nasrudin bukan sahaja tidak memohon maaf atas kenyataan tersebut tetapi membuat kenyataan berunsur fitnah menyatakan projek terowong dasar laut dilakukan secara rundingan terus.
"Nasrudin tidak memohon maaf malah membuat kenyataan lain dan ia akan dirujuk kepada peguam saya. Notis yang dihantar semalam adalah berdasarkan kenyataan pertamanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 6 Ogos lepas, Nasrudin mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.
Menurutnya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
Sementara itu, exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng menafikan dakwaan Nasrudin bahawa beliau membuat kenyataan pada 15 Mac tahun lepas bahawa projek itu dibuat secara rundingan terus.
"Ini adalah fitnah jahat oleh Nasrudin...saya sedia memberikan bukti dan keterangan di mahkamah bahawa projek itu dijalankan secara tender terbuka mengikut piawaian dan takrifan antarabangsa," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Aug 09 2014

LIM: Nasrudin bukan sahaja tidak memohon maaf atas kenyataan tersebut tetapi membuat kenyataan berunsur fitnah.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

'Saya bukan pemimpin oportunis' - Azmin
Menteri Besar Selangor Azmin Ali menolak dakwaan yang beliau seorang pemimpin 'oportunis' dan 'populis' sepanjang tempoh mentadbir negeri itu.

Kerajaan Selangor tetap tidak akan teruskan projek Kidex - Azmin
Kerajaan Selangor tetap tidak akan meneruskan pembangunan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) hasil pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 17 Feb lepas.

Isu Kidex: Kenapa Azmin tidak bincang dengan kerajaan pusat? - Irmohizam
Pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) memberi kesan dan persepsi negatif kepada ekonomi dan pelaburan Selangor secara keseluruhannya.

Selepas batal Kidex, batalkan juga Langat 2 dan Datum Jelatek - SAMM
SAMM Selangor meminta kerajaan negeri untuk mengambil langkah sama kepada Langat 2 dan Projek Datum Jelatek selepas pembatalan Kidex pada Isnin.

Isu Kidex akan dibawa ke mesyuarat Kabinet - Fadillah
KKR akan merujuk kepada Kabinet berhubung kenyataan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex).

Penduduk kecewa projek Kidex dibatalkan
Pembatalan projek Kidex mengecewakan penduduk sekitar Petaling Jaya kerana pembinaan lebuh raya itu dilihat mampu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan.

Kidex jawab isu pembatalan projek oleh MB Selangor
Menurut CEO Kidex, Datuk Mohd Nor Idrus, perjanjian konsesi yang ditandangani pada November 2013 melibatkan pihak KSB dan Kerajaan Malaysia.

Selangor umum pembatalan projek Kidex
Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex).

Saya urus Kidex bukan macam Khalid Ibrahim - Azmin
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau menggunakan pendekatan berbeza menguruskan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) berbanding Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin jadi 'bapa' segala hipokrit kalau teruskan Kidex - Noh Omar
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali disifatkan 'bapa' segala hipokrit selepas memutuskan untuk meneruskan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).