Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor meminta kerajaan negeri untuk mengambil langkah sama terhadap Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Datum Jelatek selepas pembatalan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) oleh menteri besar, Mohamed Azmin Ali pada Isnin.
Penyelaras Bersama SAMM Selangor, Khairooll Anuar Al-Megat berkata pembatalan perjanjian air dan Datum Jelatek disifatkan harus dibuat kerana ia merupakan faktor penyingkiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim satu masa dahulu.
"Keputusan pembatalan Kidex adalah langkah prihatin yang membuktikan Azmin mendengar suara rakyat.
"Namun selepas Kidex, perjanjian air dan Langat Dua juga merupakan alasan yang dikemukakan untuk menyingkirkan pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini. Meneruskan Langat Dua dilihat agak mengelirukan dan menipu rakyat.
"Jika perjanjian Kidex dibatalkan demi kepentingan penduduk dan pengundi elit di Damansara, maka isu-isu berkaitan rakyat yang lain juga harus dipandang Azmin," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.
Khairooll mengulas isu pembatalan Kidex oleh Azmin dengan alasan kerajaan negeri mendapati pihak Kidex gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui sebelum tarikh akhir 14 Februari 2015.
Kata Azmin lagi, Kerajaan Selangor juga sebelum ini telah meminta syarikat itu untuk menyediakan penilaian bebas tentang impak lalu lintas, sosial dan alam sekitar untuk membuktikan manfaat lebuh raya itu kepada penduduk di kawasan yang terlibat.
Dalam pada itu jelas Khairooll, Azmin turut diminta memberi perhatian di dalam isu Datum Jelatek di mana rakyat setempat terdiri daripada golongan sederhana dan tidak mendapat perhatian sewajarnya.
"Kerajaan Selangor harus lebih peka dan tidak dilihat pilih bulu dalam menjaga kepentingan rakyat. Kita mencadangkan pihak kerajaan membuka bancian umum bersasaran isu tertentu sebelum membuat sebarang keputusan atau perjanjian dimetrai dan polisi ditentukan.
"Kita juga berharap agar kerajaan negeri sentiasa konsisten dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira aspirasi politik, komposisi kaum dan status sosio-ekonomi bukan sahaja dalam isu Kidex tetapi dalam semua polisi yang ingin dibuat," jelasnya.
Projek Langat 2, yang tertangguh sejak 2008 diteruskan selepas Selangor menandatangani perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 26 Februari tahun lepas.
Projek itu antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat bagi memenuhi keperluan permintaan tambahan bekalan di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 2025.
Ia dijangka siap sepenuhnya pada 30 April 2017 secara berperingkat dan menelan kos kira-kira RM3 bilion.
Astro Awani
Wed Feb 18 2015

SAMM: Selepas batal Kidex, batalkan juga Langat 2 dan Datum Jelatek. -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.

Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.

Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq

Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.

Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.

Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.