Kementerian Kerja Raya (KKR) akan merujuk kepada Kabinet berhubung kenyataan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mengumumkan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex).
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementeriannya akan membawa isu itu kepada mesyuarat Kabinet pada Rabu untuk tindakan susulan.
"Saya berpandangan isu ini perlu diselesaikan menerusi perundingan dengan semua pihak untuk mencari pendekatan terbaik demi rakyat.
"Kidex ini diluluskan dahulu melalui proses sepatutnya dan saya dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membatalkannya semalam, jadi isu ini akan dibawa ke mesyuarat esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Fadillah mengulas pengumuman pembatalan Kidex oleh Azmin dengan alasan kerajaan negeri mendapati pihak Kidex gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui sebelum tarikh akhir 14 Februari 2015.
Kata Azmin lagi, kerajaan Selangor juga sebelum ini telah meminta syarikat itu untuk menyediakan penilaian bebas tentang impak lalu lintas, sosial dan alam sekitar untuk membuktikan manfaat lebuh raya itu kepada penduduk di kawasan terlibat.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Kidex Sdn Bhd (KSB), Datuk Mohd Nor Idrus memaklumkan pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan berhubung pembatalan projek itu oleh kerajaan Selangor.
Jelas Fadillah lagi, hasil mesyuarat Kebinet akan dikemukakan secara menyeluruh untuk tindakan susulan dan konteks berkaitan.
"Kita akan bawa ke Kabinet dan dapatkan pandangan serta panduan berkaitan isu ini. Kita juga percaya dalam konteks mana-mana penswastaan sekali pun, perundingan adalah jalan terbaik.
"Ia melibatkan beberapa pemegang kepentingan dan kita yakin perundingan itu bakal membawa pandangan positif semua," ujarnya.
Katanya lagi, maklumat dan maklum balas rakyat turut dilihat faktor yang membawa bersama pandangan untuk jalan penyelesaian isu berkenaan.
Dalam pada itu, Fadillah enggan mengulas lanjut ketika ditanya apakah tindakan Azmin itu dilihat tidak melanggar perjanjian sebelum ini.
Katanya, ia hanya akan dimaklumkan selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Wan Syamsul Amly
Tue Feb 17 2015

FADILLAH: Isu Kidex akan dibawa ke mesyuarat Kabinet. -Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.

Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.

Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq

Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.

Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.

Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.