Seluruh rakyat di negara ini perlu berdiri megah sebagai satu bangsa yang merentasi setiap perbezaan bagi mewujudkan perpaduan dan kebersamaan yang berkekalan.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bagi mewujudkan suasana tersebut, rakyat dan pemimpin di setiap lapisan tidak boleh hanya memeluk tubuh dan mengimpikan kejayaan.
Sebaliknya, titah Seri Paduka, usaha jitu perlu diambil bagi meruntuhkan apa juga benteng pemisah yang menjadi penghalang kepada perpaduan.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian dalam Titah Diraja sempena Istiadat Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2019 yang disiarkan secara langsung di semua televisyen tempatan, malam ini.
Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada tahun ini disambut esok.
"Hakikatnya bukan suatu yang mudah untuk menguruskan kepelbagian dan perbezaan yang wujud dalam sebuah negara. Ini kerana setiap sesuatu perkara akan cenderung untuk dilihat serta ditafsirkan dari sudut berbeza," titah Seri Paduka.
Kerana itu, titah Al-Sultan Abdullah semenjak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Jan lepas, baginda telah berangkat ke setiap pelusuk negara untuk menyantuni dan mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan.
"Melalui pendekatan ini, Beta mempelajari bahawa setiap rakyat Malaysia berperanan dalam menyumbang kepada pembentukan sebuah negara maju yang berdaulat dan merdeka.
"Sesungguhnya, perkara paling berharga yang Beta pelajari ialah setiap rakyat Malaysia sebenarnya sangat sayang dan cintakan negara yang bertuah ini," titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah rakyat Malaysia telahpun mempunyai asas dan semangat perpaduan yang kukuh dan ia hanya perlu disemai dan dipupuk agar asas berkenaan menjadi kekuatan yang mampu menangkis segala rintangan.
Bersempena dengan sambutan rasmi ulang tahun keputeraan kali ini, Yang di-Pertuan Agong mengajak pemimpin di setiap lapisan untuk mengetepikan perbezaan dan bersama-sama menyantuni rakyat dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu-padu.
"InsyaAllah, Beta dan Raja Permaisuri Agong (Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) akan terus menyantuni dan mendekati rakyat tanpa mengira pangkat, darjah, keturunan dan bangsa dalam mencapai visi penyatuan yang merupakan ramuan kesepaduan dalam membentuk masyarakat yang bertamadun," titah Seri Paduka.
Seri Paduka menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menjunjung institusi Raja Berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta kekal berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan-ucapan tahniah dan doa yang telah disembahkan kepada Seri Paduka.
"Beta percaya, sokongan dan ingatan rakyat serta pelbagai pihak kepada Beta menunjukkan bahawa amalan sistem Raja Berperlembagaan mempunyai peranan yang sangat signifikan kepada rakyat dan negara," titah Al-Sultan Abdullah.
Mengakhiri titah, Seri Paduka turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, anggota pentadbiran, penjawat awam dan anggota keselamatan yang telah menyumbang kepada kesejahteraan negara.
"Lebih istimewa, Beta dan Raja Permaisuri Agong ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menerima kunjungan Beta berdua dengan hati dan tangan terbuka.
"Beta dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar rakyat Malaysia dan negara yang kita cintai ini akan terus kekal aman dan makmur, serta sentiasa berada di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wataala," titah Al-Sultan Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019

Seri Paduka turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, anggota pentadbiran, penjawat awam dan anggota keselamatan yang telah menyumbang kepada kesejahteraan negara. - Bernama
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.