KUALA LUMPUR: Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 iaitu talian bantuan krisis pertama dikendalikan sepenuhnya pegawai psikologi (kaunseling), merekodkan 24,346 panggilan diterima hingga Ogos lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan hari ini berkata daripada jumlah panggilan diterima talian yang beroperasi sejak 21 Okt 2022 itu, sejumlah 15,907 (65 peratus) klien menerima bantuan sokongan dan emosi, manakala 8,479 (35 peratus) klien diberikan intervensi khusus.
"Daripada jumlah yang diberi intervensi khusus, sebanyak 206 kes melibatkan tingkah laku bunuh diri iaitu idea bunuh diri dan cubaan bunuh diri.
"Daripada jumlah itu, 89 kes idea bunuh diri telah diberikan intervensi dan 117 kes cubaan bunuh diri berjaya dirujuk dengan mengaktifkan MERS999 dan mendapat kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kecemasan sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata talian yang beroperasi bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum itu adalah antara inisiatif dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku bunuh diri di Malaysia.
Dr Muhammad Radzi berkata selaras dengan prinsip Malaysia MADANI iaitu menjamin kesejahteraan insan, inisiatif lain yang dilaksanakan kementerian ialah Program MySAVE (Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope) dan modul latihan pencegahan bunuh diri untuk petugas barisan hadapan.
Katanya program MySAVE dirasmikan pada 31 Julai lepas diikuti dengan sesi taklimat bersama media berkaitan pelaporan selamat dan bertanggungjawab berkaitan tingkah laku bunuh diri.
Bagi modul latihan pencegahan bunuh diri yang dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran pengendalian kes tingkah laku bunuh diri pula, beliau berkata 40 anggota polis dan bomba telah dilatih untuk sesi pertama dan latihan berkala akan dilaksanakan, melibatkan Pegawai Intervensi Krisis dan petugas barisan hadapan.
"Selain itu, pembangunan Sistem Registri Bunuh Diri dan Kematian Fatal Kebangsaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024. Sistem ini membolehkan statistik terperinci dan tepat berkaitan kejadian bunuh diri diperoleh dan usaha pencegahan bersasar dapat dilaksanakan.
"KKM sedang membangunkan inisiatif sokongan bantuan pascabunuh diri kepada ahli keluarga yang terkesan akibat tingkah laku bunuh diri," katanya.
Dr Muhammad Radzi berkata sumber daripada PDRM melaporkan terdapat sedikit penurunan dalam kes kematian bunuh diri yang dilaporkan pada 2022 iaitu 981 kes berbanding 1,142 kes pada 2021.
Menurutnya KKM dengan kerjasama semua pihak akan terus memperkukuhkan strategi dan langkah yang diambil bagi menangani tingkah laku bunuh diri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
![Kesihatan mental: Talian HEAL 15555 terima 24,346 panggilan hingga Ogos - KP Kesihatan Kesihatan mental: Talian HEAL 15555 terima 24,346 panggilan hingga Ogos - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694331756_MuhammadRadzi.jpg)
Dr Muhammad Radzi berkata sejumlah 15,907 (65 peratus) klien menerima bantuan sokongan dan emosi, manakala 8,479 (35 peratus) klien diberikan intervensi khusus. - Gambar fail
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716013821_AhmadZahidHamidi.jpg)
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
![Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan
Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.
![KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555 KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719300254_TBDATUKLUKANISMAN.jpg)
KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk membolehkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 diberikan secara percuma.
![DIY tembikar tanah liat bantu kurangkan stres DIY tembikar tanah liat bantu kurangkan stres](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718068282_pottery.jpg)
DIY tembikar tanah liat bantu kurangkan stres
Terapi seni tanah liat menawarkan pelbagai teknik yang dikatakan dapat membantu meningkatkan kesihatan mental.
![Tempoh pemeriksaan psikiatri lelaki didakwa tolak teman wanita jatuh dari kondominium dilanjutkan Tempoh pemeriksaan psikiatri lelaki didakwa tolak teman wanita jatuh dari kondominium dilanjutkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717739630_VNathan.jpg)
Tempoh pemeriksaan psikiatri lelaki didakwa tolak teman wanita jatuh dari kondominium dilanjutkan
Tempoh untuk pemeriksaan psikiatri ke atas seorang pemandu lori yang didakwa kerana membunuh teman wanitanya warga Thailand dengan menolak wanita itu hingga jatuh di sebuah kondominium dilanjutkan.
![Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717196375_TunJuharMahiruddi.jpg)
Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar
Jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
![Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623208770_MediaGeneric.jpg)
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
![Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715866759_Sleepy.jpg)
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
![Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715662611_Depression.jpg)
Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan
Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya akan menimbulkan pelbagai permasalahan termasuk kemurungan serius.
![Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712654735_RajaMudaPerlis.jpg)
Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis
Aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.