Meningkatkan dan mengekalkan kesiagaan komprehensif semua aset pertahanan merupakan satu daripada empat cara bagi membendung ancaman tradisional dalam abad ke-21, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata Malaysia sentiasa memastikan aset-aset pertahanannya dikemas kini dari segi perkakasan selain memperkukuh semangat dan kapasiti anggota keselamatannya.
"Senjata terbaik di dunia tidak dapat membantu jika tentera kita tidak mampu dan bersedia untuk bertempur.
"Apabila 'aset teras' kita diberi motivasi, aset pertahanan lain diselenggara dengan baik dan dipertingkat secara rutin mengikut tempohnya, pada masa itulah kita mencapai keadaan kesiagaan komprehensif yang akan membolehkan kita menghadapi ancaman keselamatan tradisional dalam abad ke-21 dan berjaya mengatasi potensi konflik," katanya dalam ucap tama pada Wacana Belia Antarabangsa KL 2017 (KLIYD 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Hishammuddin berkata cara lain bagi mengurang ancaman tradisional adalah dengan memperkenal mekanisme dan pengurusan membendung ancaman; sokongan dan pembangunan berterusan institusi multilateral melalui pelbagai saluran; serta kepimpinan yang rasional, responsif dan bertanggungjawab.
Beliau berkata langkah membendung serangan adalah yang paling berjaya digunakan dalam kempen menentang kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Negara Islam atau Daish, dan Malaysia sendiri amat komited dalam menangani punca akar umbinya dengan menggabungkan pendekatan secara lembut selain kekuatan ketenteraan.
"Kami sudah lama sedar bahawa mengebom pengganas supaya menyerah diri atau menghapusnya secara menyeluruh tidak akan menyelesaikan ancaman keganasan, sebaliknya ia mungkin menggalakkan lagi mereka yang bersimpati dengan pengganas untuk bertindak," katanya.
Menurutnya Malaysia perlu terus menyokong dan membangunkan institusi-institusi multilateral termasuk ASEAN bagi memudahkan integrasi perdagangan dan ekonomi selain menjaga keamanan.
Dari segi kepimpinan, Hishammuddin berkata para pemimpin mestilah membuat keputusan berani di sebalik risiko yang sudah dihitung dengan teliti serta menggesa pengikut supaya berkompromi dan meningkatkan diri daripada melayani kehendak segelintir pihak.
Sementara itu, beliau berkata antara ancaman keselamatan tradisional utama pada masa ini adalah peningkatan kerentanan berikutan wujudnya kawasan bermasalah di rantau ini; pertikaian rumit berhubung wilayah legasi pelbagai pihak berkepentingan; berleluasanya persaingan senjata serta bertambahnya populisme autoritarian.KLIYD 2017 merupakan platform bagi belia berdialog tentang isu-isu semasa dengan para pemimpin.
Kali ini, ia membincangkan tentang ancaman masa depan berkaitan ekstremis, keselamatan makanan serta keselamatan siber.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2017
Hishammuddin menjawab soalan dari hadirin pada Wacana Belia Antarabangsa KL 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. --fotoBERNAMA
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.
Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.
Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.
Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
AI tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.