Rasuah merupakan ancaman besar terhadap pembangunan negara serta menjadi punca penggalakan jenayah lain namun ia boleh ditangani dengan kesedaran dan ilmu.
Mesej itu antara yang mahu disampaikan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini sempena penganjuran Seminar Integriti dan Pencegahan Rasuah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali yang bertindak selaku salah seorang panel berkata, pemerkosaan minda akibat korupsi hanya boleh dikawal dengan amalan atau pengaplikasian berasaskan ilmu.
"Pengisian wacana ilmu seperti ini adalah antara langkah awal yang perlu dilaksanakan dan diharapkan dapat diteruskan.
"Kita menjelaskan kaedah pencegahan yang dijalankan, seterusnya mendekatkan mereka dengan prosedur selain menjalankan usaha pembaikan di peringkat akar umbi," ujar Mustafar.
Tambah beliau, secara asasnya ada tiga cara rasuah ditangani iaitu penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan.
"Apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi korupsi adalah berkongsi maklumat, menyuarakan dan bertindak melalui badan-badan penguasa yang berkenaan," kata beliau.
Tambah Mustafar, generasi semasa perlu bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kesedaran berikutan gejala rasuah yang kini berlaku di mana-mana seperti dalam sektor swasta, kerajaan, pertubuhan-pertubuhan dan barisan kepimpinan politik.
"Berdasarkan kajian keberkesanan program SPRM, didapati tahap keyakinan, pengetahuan dan sokongan orang ramai termasuk golongan pelajar terhadap institusi ini serta fungsinya meningkat dengan banyak," ujar beliau.
Dalam acara seminar yang berlangsung hingga ke petang itu, turut dilancarkan buku Integriti dan Pencegahan Rasuah, pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah dan acara menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP).
Hamzah Hamid
Tue Jul 07 2015
![Kesedaran, ilmu mampu bendung penularan gejala rasuah - Mustafar Kesedaran, ilmu mampu bendung penularan gejala rasuah - Mustafar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81436257786_MUSTAFARALI.jpg)
Rasuah merupakan ancaman besar terhadap pembangunan negara serta menjadi punca penggalakan jenayah lain namun ia boleh ditangani dengan kesedaran dan ilmu, kata Datuk Mustafar Ali.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Sindiket penipuan beli akaun keldai pada harga RM500 Sindiket penipuan beli akaun keldai pada harga RM500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658249471_scmageneric.jpg)
Sindiket penipuan beli akaun keldai pada harga RM500
Jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' dilihat semakin parah sejak akhir-akhir ini apabila jumlah kerugian akibat jenayah itu dilaporkan mencecah jutaan ringgit.
!['Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah 'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529645411_SHUKRIABDULL.jpg)
'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.
![Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61547362525_KHAIRULDZAIME.jpg)
Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah Imigresen
Khairul Dzaimee, 47, menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang bersara daripada jawatan itu pada 31 Disember lepas.
![Jamil Rakon dilantik KP Imigresen, ganti Mustafar Ali Jamil Rakon dilantik KP Imigresen, ganti Mustafar Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51546582431_rakon.jpg)
Jamil Rakon dilantik KP Imigresen, ganti Mustafar Ali
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar rombakan besar-besaran yang dibuat pada Khamis itu merupakan proses biasa bagi perubahan jawatan dalam perkhidmatan awam.
![Mustafar terajui Pusat Jenayah Kewangan Nasional Mustafar terajui Pusat Jenayah Kewangan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468073849_DSMustafarAli.jpg)
Mustafar terajui Pusat Jenayah Kewangan Nasional
Surat arahan tersebut telah dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada beliau pada Isnin.
![Amaran Jabatan Imigresen kepada majikan Amaran Jabatan Imigresen kepada majikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71541571194_IMIGRESEN.jpg)
Amaran Jabatan Imigresen kepada majikan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
![Gempur pusat hiburan di Cheras, 89 warga asing ditahan Gempur pusat hiburan di Cheras, 89 warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502953635_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Gempur pusat hiburan di Cheras, 89 warga asing ditahan
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata mereka yang terdiri daripada 73 wanita dan 19 lelaki itu ditahan anggota Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen.
![Belum ada permintaan senarai hitam Zahid Hamidi - KP Imigresen Belum ada permintaan senarai hitam Zahid Hamidi - KP Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513066590_MustafarAli.jpg)
Belum ada permintaan senarai hitam Zahid Hamidi - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan menyenarai hitamkan nama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika terdapat permintaan pihak berkuasa.
![23 individu warga China ditahan di pusat hiburan di Cheras 23 individu warga China ditahan di pusat hiburan di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502953635_WomenHancuffsGeneric.jpg)
23 individu warga China ditahan di pusat hiburan di Cheras
Seramai 23 individu warga China ditahan dalam serbuan Ops Gegar yang dijalan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini.
![Warga Syria ditahan reman selama 14 hari Warga Syria ditahan reman selama 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538474697_HassanAlKontar.jpg)
Warga Syria ditahan reman selama 14 hari
Pihak imigresen kini sedang bekerjasama dengan Kedutaan Syria bagi proses menghantar pulang Hassan Al Kontar.