PUTRAJAYA: Jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' dilihat semakin parah sejak akhir-akhir ini apabila jumlah kerugian akibat jenayah itu dilaporkan mencecah jutaan ringgit.
Berdasarkan rekod, lebih 25,000 kes jenayah penipuan dalam talian dicatatkan sepanjang 2022 membabitkan kerugian kira-kira RM850 juta.
Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Datuk Seri Mustafar Ali mendedahkan antara faktor penyumbang kepada kegiatan itu adalah kewujudan akaun keldai atau lebih dikenali sebagai 'mule account'.
"Faktor yang menyebabkan jumlah kerugian akibat sindiket penipuan dalam talian adalah kewujudan akaun keldai yang 'dibeli' dengan tawaran RM500 seorang kepada pemilik asal akaun itu untuk memindahkan wang haram.
"Wang mangsa yang telah ditipu akan dimasukkan ke dalam akaun keldai dan akan dipindahkan ke beberapa akaun keldai lain sebelum akhirnya dikeluarkan dalam tempoh yang singkat menyebabkan ia sukar dijejaki," katanya kepada Bernama.
Keldai akaun pula ialah individu yang menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya serta nombor pengenalan peribadi (PIN) kad tersebut kepada individu lain dan akaun tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah.
Mustafar berkata peningkatan kes turut didorong oleh penggunaan teknologi dan penipuan melalui media sosial serta kebocoran maklumat pengguna.
Mengulas penipuan melalui media sosial, beliau berkata 'scammer' atau sindiket penipuan akan menghubungi mangsa melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Telegram selain menyamar sebagai kenalan atau pihak berkuasa melalui Facebook, Instagram, TikTok dan aplikasi lain.
"Taktik terbaharu 'scammer' adalah mereka akan memberi pautan yang menyamar sebagai pautan laman bank atau meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi bagi mendapatkan perkhidmatan mereka.
"Mangsa seterusnya diminta mendedahkan maklumat peribadi termasuk maklumat perbankan yang akan menyebabkan akaun mangsa akan diceroboh oleh scammer dan akan menyebabkan mangsa kehilangan wang," katanya.
Mustafar berkata jenayah penipuan dalam talian berlaku berlandaskan kepada latar belakang mangsa contohnya 'Macau Scam' yang menyasarkan kepada individu mempunyai simpanan wang yang banyak, manakala penipuan e-dagang membabitkan pembeli dan penjual.
"Penjenayah menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan maklumat perbankan daripada mangsa dan lebih merumitkan keadaan apabila mangsa lambat menyedari wang mereka sudah lesap.
"Kerugian yang dialami bukan sahaja memberi impak negatif terhadap ekonomi negara malah boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial secara umumnya," katanya.
Beliau berkata hasil tindakan analisis oleh agensi penguat kuasa mendapati sindiket penipuan juga menggunakan nombor telefon yang diperoleh secara haram yang menjual maklumat peribadi dan nombor telefon pengguna.
Menurut Mustafar kerajaan telah dan akan melaksanakan langkah khusus bagi memerangi jenayah dalam talian antaranya mempertingkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi memastikan tindakan lanjut boleh diambil ke atas penjenayah yang berada di luar negara.
"Jenayah 'scam' perlu ditangani secara bersama dengan penglibatan semua pihak termasuk yang pernah menjadi mangsa. Kempen kesedaran perlu disemai dan dididik sejak peringkat sekolah hingga universiti dengan mengadakan program khusus mengenai jenayah 'scam' dan bagaimana mengelak daripada menjadi mangsa," katanya.
Sementara itu, Mustafar berkata kerajaan berhasrat meningkatkan keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) berkaitan pengoperasian, sumber tenaga kerja, sistem data berpusat, kemudahan infrastuktur pejabat, peralatan teknikaliti dan sistem analisis kewangan.
"Memandangkan pengoperasian NSRC menggabungkan tenaga kerja dan kepakaran pelbagai agensi termasuk perbankan dan telekomunikasi, suatu tindakan penguatkuasaan bersepadu yang berkesan boleh dilaksanakan.
"Antara tindakan yang boleh diambil adalah penyitaan atau sekatan pengaliran wang hasil jenayah atas talian," katanya.
Beliau berkata kerajaan sedang secara serius meneliti beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan atau yang boleh dipinda bagi membolehkan pengembalian wang penipuan kepada mangsa-mangsa.
Antara peruntukan undang-undang yang sedang diteliti ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi geran pengoperasian sebagai usaha mengukuhkan peranan NSRC.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2023
![Sindiket penipuan beli akaun keldai pada harga RM500 Sindiket penipuan beli akaun keldai pada harga RM500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658249471_scmageneric.jpg)
Lebih 25,000 kes jenayah penipuan dalam talian dicatatkan sepanjang 2022 membabitkan kerugian kira-kira RM850 juta. - Gambar hiasan
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Lelaki Bangladesh ditahan, jadikan hotel markas pemalsuan pasport Lelaki Bangladesh ditahan, jadikan hotel markas pemalsuan pasport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720168700_sindiketpemalsuan.jpg)
Lelaki Bangladesh ditahan, jadikan hotel markas pemalsuan pasport
Lelaki warga Bangladesh berusia 24 tahun itu ditahan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
![90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api 90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719726636_diesel.jpg)
90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api
Sebanyak 90 peratus daripada 550 kenderaan yang disita dalam tempoh tiga tahun lepas, telah diubah suai tangki untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api seperti petrol dan diesel.
![Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670573104_ZainolSamah.jpg)
Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan
Sindiket itu menawarkan pinjaman wang antara RM500 hingga RM5,000 dengan kadar faedah sehingga 20 peratus seminggu.
![Lapan individu ditahan dipercayai terlibat sindiket seludup senjata api, edar dadah Lapan individu ditahan dipercayai terlibat sindiket seludup senjata api, edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707752106_TBCPMKumar.jpg)
Lapan individu ditahan dipercayai terlibat sindiket seludup senjata api, edar dadah
Lapan individu dipercayai terlibat sindiket penyeludupan senjata api dan pengedaran dadah diberkas susulan kejadian dua penjenayah ditembak mati di Taman Abad, pada 14 Jun lepas.
!['Ejen insurans' bunuh pencarum untuk dapat pampasan 'Ejen insurans' bunuh pencarum untuk dapat pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719226690_ejeninsurans.jpg)
'Ejen insurans' bunuh pencarum untuk dapat pampasan
Kegiatan sindiket 'ejen insurans' yang menggunakan taktik kejam membunuh pencarum bagi menuntut pampasan insurans nyawa di Johor terbongkar.
![Peguam rugi RM1.3 juta ditipu sindiket Kripto Kakaue Peguam rugi RM1.3 juta ditipu sindiket Kripto Kakaue](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718965603_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Peguam rugi RM1.3 juta ditipu sindiket Kripto Kakaue
Seorang peguam mengalami kerugian RM1.3 juta akibat terpedaya iklan pelaburan di media sosial diiklankan oleh sindiket mata wang kripto Kakaue Exchange.
![Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam' Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653759144_PhoneScams.jpg)
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
![Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716438697_MohdYusriHassanB.jpg)
Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin
Polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun yang berada di dalam rumah berkenaan.
![Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713950336_sindiketdadahthai.jpg)
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
![Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713957348_TBRusdiMohdIsa.jpg)
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.