Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Jamil Rakon dilantik sebagai Ketua Pengarah (KP) Imigresen yang baharu menggantikan Datuk Seri Mustafa Ali, yang dipilih mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
BH Online melaporkan, pelantikan Jamil itu dibuat serentak dengan rombakan besar-besaran dalam pentadbiran awam membabitkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat sembilan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan tiga Ketua Pengarah.
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar rombakan besar-besaran yang dibuat pada Khamis itu merupakan proses biasa bagi perubahan jawatan dalam perkhidmatan awam.
“Pelantikan mereka berkuat kuasa Isnin ini dan ia adalah sebahagian daripada proses biasa pertukaran jawatan, mengisi kekosongan pegawai yang bersara dalam perkhidmatan kerajaan dan perubahan jawatan.
“Semua KSU, KP dan SUK hadir menerima watikah pelantikan di pejabat KSN di Jabatan Perdana Menteri, hari ini (semalam),” Ismail dipetik sebagai berkata oleh BH Online.
Rombakan besar-besaran pertama sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara itu menyaksikan KSU KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim ditukarkan ke Kementerian Kerja Raya dan tempat beliau digantikan oleh Datuk Dr Mohd Ghazali Abas yang sebelum ini KSU Kementerian Pendidikan.
Tempat Dr Mohd Ghazali pula diisi bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan yang dinaikkan pangkat.
Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz dinaikkan pangkat sebagai KSU kementerian sama.
KSU Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripudin Kasim pula ditukarkan ke Kementerian Wilayah, manakala Timbalan KSU Kementerian Pengangkutan, Mohd Khairul Adib dinaikkan pangkat sebagai KSU kementerian itu.
KSU Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Tan Yew Chong pula bertukar tempat dengan Datuk Zurinah Pawanteh ke Kementerian Industri Utama.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, pula dilantik sebagai KSU Kementerian Luar.
Muhammad Shahrul Ikram, 58, menggantikan Datuk Seri Ramlan Ibrahim, 61, yang tamat kontrak perkhidmatan pada 6 Januari ini.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dinaikkan pangkat sebagai KP Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
Yang turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan KP Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Zolkipli Dahalan sebagai KP ICU yang baharu, manakala bekas KP JKPTG, Datuk Seri Salehudin Ishak dilantik sebagai SUK Pahang.
Astro Awani
Fri Jan 04 2019

Jamil Rakon dilantik sebagai Ketua Pengarah (KP) Imigresen yang baharu menggantikan Datuk Seri Mustafa Ali, yang dipilih mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC). - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mohd Zuki lapor diri hari pertama di pejabat KSN
Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu Datuk Seri Mohd Zuki Ali melapor diri di Pejabat Ketua Setiausaha Negara di Perdana Putra di sini hari ini.

Kes Zakir Naik: Lima individu termasuk Kula Segaran dipanggil minggu depan - Polis
Lima individu termasuk empat ahli politik akan dipanggil polis minggu hadapan bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat penceramah bebas, Dr Zakir Naik atas tuduhan memfitnahnya.

Jamil Rakon dilantik KP Imigresen, ganti Mustafar Ali
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar rombakan besar-besaran yang dibuat pada Khamis itu merupakan proses biasa bagi perubahan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Abu Kassim terima anugerah kehormat pegawai CeIO
Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed menerima anugerah kehormat Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) bersempena konvokesyen program itu

Kerajaan kaji kenaikan gaji penjawat awam - KSN
Menjelang pembentangan Belanjawan 2019, satu kajian semula akan dijalankan berhubung kenaikan gaji penjawat awam.

"Kami tidak sabotaj kerajaan" - KSN
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar menafikan dakwaan kononnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mensabotaj pegawai kerajaan yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).