Golongan muda hari ini membuktikan mereka adalah sebahagian daripada komponen utama negara dengan menunjukkan kesedaran pentingnya mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi WeMalaysia Australia Muhammad Ali Halim Sirat berkata, ia sedikit sebanyak mewarnai perjalanan demokrasi negara dengan memberi ruang kepada penglibatan golongan muda dalam pilihanraya.
"Gelombang golongan muda semakin kuat bagaikan ombak samudera membelah laut dan takkan dapat ditahan dek pantai.
"Golongan muda mempunyai aura luar biasa terutama minat dan rasa ingin tahu yang mendalam terhadap pembangunan negara termasuklah hal ehwal politik.
"Bayangkan jika semua belia di seluruh negara termasuk yang menuntut di luar negara kembali ke tanah air untuk mengundi, kita pasti akan berasa bangga dan kagum semangat yang ditunjukkan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya.
Muhammad Ali berkata demikian selepas diumumkan sebagai Presiden baru Griffith University Muslim Students Association (GUMSA) dalam mesyuarat agung tahunan mereka baru-baru ini.
GUMSA adalah pertubuhan pelajar Islam yang bernadikan aktiviti pelajar di bawah naungan unversiti dan mengendalikan program jaringan pelajar Muslim di peringkat antarabangsa.
BACA: Salleh seru golongan muda daftar sebagai pengundi
BACA: Lebih sejuta pemuda Melayu tidak daftar pengundi
Muhammad Ali berkata demikian ketika mengulas agenda nasional terpenting negara yang melihat kepentingan dan keistimewaan mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, ia sekali gus melambangkan tanda sayang negara memperlihatkan sistem demokrasi yang diguna pakai masih relevan dan dihormati.
Muhammad Ali turut mengakui ada yang memilih untuk mengundi apabila di luar negara.
"Kebanyakkan mereka adalah yang bekerja dan belajar serta menetap di perantauan, mereka masih dianggap berjiwa patriotik apabila bersedia menunaikan tanggungjawab mengundi," jelasnya.
Katanya lagi, golongan muda sekarang semakin matang, berilmu dan berpendirian terutama dalam menerokai perjalanan politik negara.
"Saya amat yakin golongan muda tidak rela melihat campur tangan asing dalam politik negara.
"Sikap positif dan kematangan yang ditunjukkan golongan muda sudah pasti menyakinkan kita semua bahawa masa depan pasti mampu diterajui dengan kesungguhan berdasarkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman bagi memastikan kesejahteraan negara adalah berterusan," tegasnya.
Tambahnya, besar ertinya bagi golongan muda mendaftar sebagai pengundi mulai sekarang kerana masa depan negara terletak kepada mereka.
"Golongan muda dianggap sebagai agen perubahan yang holistik. Potensi dan bakat golongan muda jika diserlahkan dalam apa jua lapangan pasti mempunyai impak yang besar dalam ertikata lain mampu menzahirkan visi dan misi negara secara universal," ujarnya.
Muhammad Ali dijadualkan berangkat ke London pada Disember nanti bagi siri jelajah WeMalaysia bersama pemimpin pelajar di United Kingdom (UK) dan melawat beberapa universiti di sana bagi mendapatkan input penyelidikan akses pendidikan Orang Kurang Upaya (OKU).
WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara.
Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).
Astro Awani
Thu Sep 07 2017

MUHAMMAD ALI: Golongan muda membuktikan mereka sebahagian daripada komponen utama negara dengan menunjukkan kesedaran pentingnya mendaftar pengundi. - Sumber foto WeMalaysia

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.