Malaysia Airlines (MAS) digesa menyelesaikan isu-isu dalaman sebelum meneruskan cadangan untuk memberhentikan 6,000 kakitangannya.
Presiden Kesatuan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan (NUFAM) Ismail Nasaruddin berkata MAS perlu mengambil kira kepentingan kakitangan mereka terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Kami membantah tindakan MAS mahu memecat 6,000 kakitangan dan kami akan mengadakan piket jika isu penstrukturan semula ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata MAS harus mengikut prosedur yang betul dalam menamatkan khidmat kakitangan mereka seperti melalui mekanisme Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) atau Masuk Kemudian Keluar Dahulu (LIFO).
"Kita jangan tolak tepi pekerja yang lama bekerja dengan MAS kerana mereka sudah berkhidmat berpuluh-puluh tahun. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, perkara (pemecatan) itu tidak sesuai dilakukan," katanya.
Pada Ogos 2014, Khazanah Nasional Berhad mengumumkan 12 langkah bagi menjayakan pelan penstrukturan semula MAS bernilai RM6 bilion yang antara lain menubuhkan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) dan menyaksikan 6,000 pekerja daripada pelbagai peringkat diberhentikan.
Pada November 2014, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional itu.
Khazanah juga dilaporkan akan menubuhkan pusat khas bagi memberi sokongan penempatan kepada kira-kira 6,000 kakitangan MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semula itu.
Tumpuan pusat itu adalah menghulurkan sokongan termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan bagi membantu mereka untuk beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.
Dalam sidang media berasingan di sini, enam kesatuan pekerja yang diketuai Pengerusi Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF) Malaysia Tan Sri Zainal Rampak meminta kerajaan campur tangan dalam menyelesaikan isu pemberhentian kakitangan MAS.
Beliau berkata jika sesebuah syarikat mengalami masalah, mereka sepatutnya menilai semula kedudukan di bahagian pengurusan atasan dan bukannya kakitangan bawahan.
Menurutnya pihak kesatuan sekerja memberi peluang kepada MAS dan Khazanah sejak akhir November tahun lepas untuk menilai semula cadangan pemberhentian kakitangan MAS namun, sehingga kini tiada penyelesaian.
Pada awal Mac lepas, Khazanah memaklumkan proses penilaian bakat yang meliputi kira-kira 20,000 pekerja MAS selesai pada 2 Feb lepas dengan proses mengenal pasti kumpulan pekerja yang memenuhi keperluan MAS NewCo sedang dijalankan.
Bagaimanapun nasib pekerja terbabit hanya akan diketahui pada 1 Jun ini apabila MAS NewCo mengeluarkan surat tawaran pekerjaan kepada mereka yang terpilih.
Bernama
Mon Mar 23 2015
![Kesatuan gesa MAS tarik balik cadangan hentikan pekerja, selesaikan isu dalaman Kesatuan gesa MAS tarik balik cadangan hentikan pekerja, selesaikan isu dalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41408011065_295x200.jpg)
MAS perlu mengambil kira kepentingan kakitangan mereka terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. - Gambar Fail
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Julai 2024.
Tumpuan Khamis – 18 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024 Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721232628_TBAIRASIA.jpg)
Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024
Pengoperasian semula syarikat penerbangan itu ke Lapangan Terbang Don Mueang disifatkan sebagai 'homecoming' (sirih pulang ke gagang).
![Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659856762_AbdulLatifBandi.jpg)
Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak aset bernilai lebih RM3.2 juta milik bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan lapan lagi.
10 Berita Pilihan - (17 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708753549_PADU.jpg)
Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
![Kesatuan gesa MAS tarik balik cadangan hentikan pekerja, selesaikan isu dalaman Kesatuan gesa MAS tarik balik cadangan hentikan pekerja, selesaikan isu dalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41408011065_295x200.jpg)
Kesatuan gesa MAS tarik balik cadangan hentikan pekerja, selesaikan isu dalaman
MAS digesa menyelesaikan isu-isu dalaman sebelum meneruskan cadangan untuk memberhentikan 6,000 kakitangannya.