KUALA LUMPUR: Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu itu di Dewan Negara hari ini berkata ia berikutan kes itu baru sahaja diputuskan di Mahkamah Rayuan iaitu pada 5 Ogos lepas.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi penjelasan lanjut kerana terikat dengan perundangan negara.
"Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa perkara selagi kes mahkamah ini tidak diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap semua yang berhormat senator bersabar apakah tindakan lanjut yang akan diambil kedua-dua pihak terlibat apabila kes ini diputuskan," katanya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim kemudian berkata bahawa tindakan Dewan Negara membawa usul berkenaan bukan mencabar kewibawaan mahkamah dan tidak sesekali bersifat subjudis.
Beliau berkata ia sebagai peringatan kepada negara dan pihak berkuasa bahawa hak yang ada di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diambil ringan.
"Sebab itu sementara pihak kementerian membuat penilaian dan sementara pihak kehakiman membuat persiapan, kita sebagai Ahli Dewan Negara sudah mula masuk ke dalam satu arena baharu, iaitu kita prihatin terhadap hak-hak rakyat di luar sana," katanya.
Terdahulu ketika membahaskan usul yang dibawanya, Senator Datuk Seri Zurainah Musa mempersoalkan perbezaan layanan yang diberikan bagi anak yang lahir di luar negara kepada lelaki warganegara Malaysia dan wanita bukan rakyat Malaysia akan menerima kewarganegaraan Malaysia secara automatik.
"Sekiranya kedua jantina warganegara Malaysia dilayan sama, tiada isu ketidakadilan tetapi kenapa kita boleh lakukan untuk warganegara lelaki tetapi tidak boleh lakukan yang sama untuk warganegara wanita," katanya.
Beliau juga berkata keputusan kes itu berdasarkan interpretasi Perlembagaan yang telah dibuat oleh Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan mereka telah meletakkan tanggungjawab kepada Parlimen untuk meminda Perlembagaan demi keadilan keluarga yang terjejas.
Zurainah juga berkata memandangkan perkara tersebut melibatkan nasib semua anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita warganegara Malaysia dan lelaki warganegara asing, terdapat keperluan untuk Dewan Negara mendapatkan maklum balas daripada kementerian mengenai status penggubalan pindaan.
Pada 5 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Ismail ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu itu di Dewan Negara hari ini berkata ia berikutan kes itu baru sahaja diputuskan di Mahkamah Rayuan iaitu pada 5 Ogos lepas. - Gambar fail
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
KDN akan bentang pindaan perlembagaan isu kewarganegaraan anak lahir luar negara
Saifuddin menjelaskan, sebarang pindaan perlembagaan perlu mendapatkan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen bagi membolehkan ia dikuatkuasakan.
Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.