KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Selayang hari ini memerintahkan seorang lelaki yang menikam seorang pesakit di Hospital Selayang, untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal supaya Mohd Khairul Kamul, 22, dihantar ke pusat psikiatri kerana dipercayai keadaan mental tertuduh tidak stabil.
"Pihak pendakwaan membuat permohonan itu di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Tertuduh juga telah ditahan dan menerima rawatan di Jabatan Psikiatrik Hospital Selayang sejak 15 Februari lepas. Tiada jaminan dicadangkan terhadap tertuduh," katanya.
Tertuduh yang memakai baju hospital berwarna hijau didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas V. Sathish Rao, 29, menggunakan sebilah pisau di Zon Kuning Bahagian Kecemasan Hospital Selayang di sini, pada 3.45 petang, 14 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Mohd Khairul mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan namun mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuannya.
"Saya tidak sedar dan di bawah halusinasi serta terdengar bisikan-bisikan," katanya ketika ditanya jurubahasa sama ada dia faham pertuduhan atau tidak.
Dalam prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dia dirawat di rumah kakaknya di Batu Caves.
Hakim Nor Rajiah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Mac untuk sebutan kes bagi laporan psikiatri tertuduh.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang menghidap demam denggi datang ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan sebelum ditikam seorang pesakit mental.
Tikaman itu menyebabkan mangsa cedera pada abdomen kiri dan kanan badan serta bahagian belakang badan. Namun, mangsa kini dilaporkan stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023

Hakim Nor Rajiah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Mac untuk sebutan kes bagi laporan psikiatri tertuduh.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kes tikam pesakit: Lelaki diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Lelaki yang menikam pesakit di Hospital Selayang itu diperintah menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan.