KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi lafaz sumpah laknat sebagai menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri keenam negara itu menyatakan rasa kecewa di atas keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya.
Dalam masa sama, Najib telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Najib menegaskan, persoalan pokok isunya itu ialah mengenai dana bernilai RM42 jua milik SRC yang dipindahkan ke akaun peribadinya.
"Sebagai seorang yang beragama Islam saya nak menyatakan Wallahi Wabilahi Wattawallahi… bahawa saya tidak tahu, saya tidak minta, saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan RM42 juta itu ke akaun peribadi saya," lafaz Ahli Parlimen Pekan itu dalam sidang media secara dalam talian pada Rabu.
[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC International: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
Sidang media Najib turut disertai peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di lokasi berasingan diadakan sejurus selepas tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengekalkan sabitan bersalah ke atas Najib seperti yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
Pada 28 Julai 2020, Najib melafazkan sumpah laknat dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika diberi peluang bercakap selepas penghujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan.
Dalam ucapannya, Najib antara lain menegaskan bahawa dia tidak mengetahui mengenai wang milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta itu.
BACA: 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak tahu wang RM42 juta itu' - Sumpah laknat Najib
Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadapnya yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas.
Dalam sidang media itu, Najib turut menyatakan kekecewaannya terhadap ulasan hakim bahawa apa yang berlaku telah mengaibkan negara.
“Saya sangat kecewa dengan itu (ulasan hakim),” ujar Najib.
Najib turut mengambil kesempatan memaklumkan, sepanjang menjadi Perdana Menteri, sudah banyak kejayaan yang dilakukannya untuk Malaysia termasuk menyediakan aset negara berjumlah RM2 trilion.
“Jika anda bercakap mengenai aib negara, ada isu skandal lain seperti forex (tukaran mata wang asing) yang menyebabkan negara kerugian RM31 bilion. Bukankah itu jauh lebih besar,” tegas Najib lagi.
Fareez Azman
Wed Dec 08 2021
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya berkaitan kes SRC International Sdn Bhd. - Gambar Astro AWANI
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi
Suboh berkata bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara.
Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah
Suboh Md Yassin berkata beliau hanya berkhidmat sebagai 'rubber stamp' dalam syarikat itu bagi melaksanakan kehendak Penasihat Emeritusnya, Datuk Seri Najib Razak.
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib Razak dan Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke 19 Jun.
Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak boleh membantah arahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya bukan boneka Najib, kata bekas Pengarah SRC International
Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail menafikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau adalah 'boneka' Najib dalam melaksanakan strategi pelaburan syarikat itu.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.