Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan demikian selepas menolak bantahan yang dikemukakan oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu.
Abdul Rahman berkata, mahkamah tidak yakin dengan hujahan itu kerana dinamakan secara sah oleh Ketua Hakim Negara dalam komposisi panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan semakan bekas Ahli Parlimen Pekan ini.
“Pada pandangan kami, undang-undang adalah jelas bahawa Ketua Hakim Negara diberi kuasa budi bicara untuk menamakan hakim Mahkamah Rayuan untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.
“Ia adalah berdasarkan kepentingan keadilan mengikut Peruntukan 122 (2) Perlembagaaan Persekutuan,” katanya.
Selain Abdul Rahman dan Abu Bakar, prosiding itu turut didengar oleh tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.
Abdul Rahman berkata, mahkamah juga menolak hujahan bahawa Abu Bakar tidak sepatutnya terbabit dalam pendengaran permohonan tersebut.
Prosiding kemudiannya bersambung dengan Muhammad Shafee memulakan hujahan permohonan semakan hukuman terhadap anak guamnya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian