KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan itu menunjukkan bahawa institusi kehakiman tidak akan tunduk kepada tekanan politik dan awam, sebaliknya bersikap adil dan saksama kepada semua pihak.
BACA: Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Tegas Bersih, masyarakat juga perlu bersatu untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah.
"Badan kehakiman adalah institusi penting kepada demokrasi kita, ia pentadbir keadilan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
"Keputusan ini memberikan mesej yang jelas dan kukuh bahawa rasuah tidak akan dibiarkan dan tiada siapa yang terkecuali daripada undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Bersih berkata jawatankuasa itu turut menyeru agar usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa di semua peringkat dapat dilipatgandakan.
Selain itu, Bersih mencadangkan supaya pembaharuan perundangan seperti Rang Undang-Undang Pembiayaan Dana Politik dan Plan Antirasuah Negara atau MyGovernance diperkenalkan segera bagi memastikan negara tidak terkait lagi dengan kleptokrasi.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas Menteri Kewangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Najib, 69, pada 8 Dis 2021, gagal membatalkan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Astro Awani
Tue Aug 23 2022

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib (gambar) kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International - Foto/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kes SRC: Draf awal penghakiman Najib disahkan bocor, diubah suai
Pejabat Ketua Pendaftar menegaskan ia adalah draf kerja penghakiman yang belum dimuktamadkan lagi, selain dokumen berkenaan diubah suai.

Kes SRC: Hormati keputusan, bukti institusi kehakiman tak tunduk tekanan politik - Bersih
Tegas Bersih, masyarakat juga perlu bersatu untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah.