KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminta pihak pendakwaan mendapatkan arahan sewajarnya daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa agar kes tersebut tidak tergantung terlalu lama.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menyatakan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir memaklumkan bahawa Ng, yang turut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), diserahkan sementara ke Amerika Syarikat (AS) sehingga 28 Feb 2024 bagi menyelesaikan semua proses rayuan kes jenayah yang dihadapinya di mahkamah negara itu.
"Kalau kes ini ditangguhkan selepas Februari 2024 ia terlalu lama, mungkin pihak pendakwaan boleh mendapatkan arahan sewajarnya daripada pihak Peguam Negara atau pendakwaan," kata hakim itu.
Muhammad Jamil menetapkan pengurusan kes pada 10 Jan tahun depan untuk pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah arahan yang sewajarnya berkenaan kes itu supaya ia tidak tergantung terlalu lama tanpa sebarang tindakan.
Terdahulu, Zaki berkata perbicaraan kes jenayah yang dihadapi Ng di mahkamah di AS telah selesai dan proses hukuman yang sepatutnya dijalankan pada 9 Nov ditangguhkan kepada 9 Dis ini.
Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Ng berkata kedua-dua kerajaan (Malaysia dan AS) telah mencapai persetujuan untuk anak guamnya diserahkan ke negara itu (AS) sehingga 28 Feb 2024.
"Saya cadangkan pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada Januari atau Februari 2023 kerana proses hukuman telah ditetapkan oleh Mahkamah Eastern District of New York pada 9 Dis," katanya.
Pada 8 April lepas, Ng didapati bersalah oleh mahkamah di AS kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1MDB bagaimanapun hukuman terhadapnya masih belum diputuskan.
Pada 19 Dis 2018, Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, Jalan Sultan Ismail di sini antara 19 Mac 2012 dan 11 Nov 2013.
Pada 4 Sept 2021, pertuduhan terhadap Goldman Sachs International Ltd dan dua entitinya di Asia iaitu Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura) digugurkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
![Kes Roger Ng: Hakim minta pendakwaan dapatkan arahan Jabatan Peguam Negara Kes Roger Ng: Hakim minta pendakwaan dapatkan arahan Jabatan Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649338829_RogerNgChongHwa.jpg)
Pada 8 April lepas, Ng (kanan) didapati bersalah oleh mahkamah di AS kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1MDB. - Fail/REUTERS
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Siasatan 1MDB: Roger Ng beri kerjasama, PDRM kesan aset luar negara - Ayob Khan Siasatan 1MDB: Roger Ng beri kerjasama, PDRM kesan aset luar negara - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699426858_AyobKhan.jpg)
Siasatan 1MDB: Roger Ng beri kerjasama, PDRM kesan aset luar negara - Ayob Khan
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang ditahan berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kerjasama baik terhadap siasatan polis.
![PDRM kenal pasti individu lain ada kaitan pemulangan aset 1MDB PDRM kenal pasti individu lain ada kaitan pemulangan aset 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698307237_RamliMohamedYoosuf.jpg)
PDRM kenal pasti individu lain ada kaitan pemulangan aset 1MDB
Polis mengenal pasti seorang lagi individu di luar negara yang mempunyai kaitan dengan usaha pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan ringgit.
![1MDB: SPRM serah siasatan Roger Ng kepada PDRM - Azam Baki 1MDB: SPRM serah siasatan Roger Ng kepada PDRM - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697113841_TBAZAMBAKI.jpg)
1MDB: SPRM serah siasatan Roger Ng kepada PDRM - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM buat masa ini tiada keperluan untuk memanggil Roger Ng untuk siasatan.
![PDRM tahan Roger Ng bantu siasatan skandal 1MDB - Ketua Polis Negara PDRM tahan Roger Ng bantu siasatan skandal 1MDB - Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692160842_TBRazarudinHusain.jpg)
PDRM tahan Roger Ng bantu siasatan skandal 1MDB - Ketua Polis Negara
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa ditahan semalam berkait dengan siasatan skandal 1MDB.
![Pertuduhan ke atas Roger belum diputuskan Pertuduhan ke atas Roger belum diputuskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696849606_SaifuddinNasutionI.jpg)
Pertuduhan ke atas Roger belum diputuskan
PDRM belum memutuskan sebarang bentuk pertuduhan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa.
![1MDB: PDRM mula siasat Roger Ng - KPN 1MDB: PDRM mula siasat Roger Ng - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693910568_RogerNgChongHwa.jpg)
1MDB: PDRM mula siasat Roger Ng - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara berkenaan.
![Siasatan 1MDB: Roger Ng sudah tiba di Malaysia - KPN Siasatan 1MDB: Roger Ng sudah tiba di Malaysia - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693910568_RogerNgChongHwa.jpg)
Siasatan 1MDB: Roger Ng sudah tiba di Malaysia - KPN
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa sudah tiba di Malaysia, bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1MDB.
![Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693910568_RogerNgChongHwa.jpg)
Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali
Hakim AS menangguhkan tarikh penyerahan Roger Ng, yang dijadualkan pada 6 September, selama sebulan kepada 6 Oktober.
![1MDB: Singapura kenakan sekatan seumur hidup terhadap Roger Ng 1MDB: Singapura kenakan sekatan seumur hidup terhadap Roger Ng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693914381_MarcAgnifiloRoger.jpg)
1MDB: Singapura kenakan sekatan seumur hidup terhadap Roger Ng
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan perintah larangan seumur hidup (PO) terhadap Ng Chong Hwa, juga dikenali sebagai Roger Ng, bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs (Singapura) Pte.
![Roger Ng diperintah lucut hak AS$35.1 juta Roger Ng diperintah lucut hak AS$35.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678420701_RogerNg.jpg)
Roger Ng diperintah lucut hak AS$35.1 juta
Roger Ng sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana peranannya dalam penipuan global 1MDB.