KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa berkait dengan siasatan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan terhadapnya dibuat pada Isnin (9 Oktober) dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
“Polis masih lagi jalankan siasatan bagi tujuan pemulihan aset milik 1MDB dan kita harapkan kerjasama yang sangat baik daripada Roger Ng.
“Polis difahamkan telah pun dijatuhkan hukuman di Amerika Syarikat (AS) dan kita dibenarkan untuk bawa pulang dia (Roger Ng) kerana dia masih lagi dalam siasatan PDRM,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini, pada Selasa.
Tegas Razarudin, tumpuan PDRM adalah bagi memastikan kesemua aset kerajaan dan hak rakyat dapat diperoleh semula sama ada di luar mahupun dalam negara.
“Kita juga akan teliti segala aspek termasuk modus operandi bagaimana bond-bond ini dijual dan berapa komisen yang diterima ini semua perlu kita ketahui daripada Roger Ng sendiri.
“PDRM masih lagi berusaha mendapatkan harta-harta daripada 1MDB yang berjumlah RM93.2 juta yang ada di Singapura dan Amerika Syarikat serta akaun-akaun untuk pemulihan aset,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Razarudin menjelaskan tiada keperluan untuk memasang peranti pemantauan elektrik (EMD) terhadap Roger seperti yang dilakukan terhadapnya di AS.
Jelas beliau, PDRM tidak mempunyai keperluan mendesak untuk melaksanakan perkara itu selain situasinya berbeza di AS berikutan individu berkenaan telah pun dijatuhkan hukuman.
Sebelum ini, media melaporkan Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, AS kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB.
Beberapa agensi penguat kuasa Malaysia turut menunggu kepulangan Roger Ng untuk melengkapkan siasatan masing-masing membabitkan skandal 1MDB.
Hilmi Malik
Tue Oct 10 2023
Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM masih lagi jalankan siasatan bagi tujuan pemulihan aset milik 1MDB dan mengharapkan kerjasama yang sangat baik daripada Roger Ng.
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.