IPOH: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang ditahan berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kerjasama baik terhadap siasatan polis.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan masih diteruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).
“Siasatan ke atas Roger Ng ini adalah suatu siasatan yang berterusan. Pegawai-pegawai kita daripada JSJK dan dan pegawai penyiasat daripada Unit Pencegaha AMLA yang sekarang diletak di bawah Urusetia KPN (Ketua Polis Negara).
"Setakat ni alhamdulillah, Roger Ng memberi kerjasama yang baik dan kita pun masih lagi mengesan aset-aset lain yang mungkin ada lagi di luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-59 69 Komando Pasukan Gerakan Khas di Padang Kawad Kem Sultan Nazrin Shah, Ulu Kinta pada Rabu.
Pada Oktober lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tangkapan terhadap Roger Ng berkait dengan siasatan skandal 1MDB.
Menurutnya, tangkapan terhadapnya dibuat pada 9 Oktober dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, setakat Mac lalu, kerajaan sudah berjaya mendapatkan kembali lebih 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion.
Menurutnya, ia adalah satu kejayaan besar buat negara hasil kerjasama SPRM, Kementerian Kewangan (MOF) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Abd Razak Mohd Ali
Wed Nov 08 2023
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan masih diteruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA). - Gambar fail
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
UMNO sambut baik siasatan - Annuar Musa
Namun, prinsip "rule of law" atau keluhuran undang-undang perlu dipertahankan dalam sebarang bentuk siasatan dan pendakwaan.
Kerajaan harus bersikap telus dalam siasatan 1MDB - Perkasa
Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyarankan agar kerajaan bersikap telus dan jujur dalam melaksanakan siasatan mengenai syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).