SHAH ALAM: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), hari ini menutup kes mereka selepas memanggil 18 saksi.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa bahawa pendakwaan menutup kesnya selepas saksi ke-18, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) V. Mahendran, 38, selesai memberi keterangan.
Mohd Yazid memerintahkan pihak pembelaan untuk memfailkan hujahan bertulis pada 29 Ogos ini dan pihak pendakwaan pada 5 Sept.
Beliau juga menetapkan 1, 2, 5 hingga 8 Sept untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum mahkamah memutuskan sama ada membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan itu atau memerintahkannya membela diri.
"Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan pembelaan dan pendakwaan, di atas kerjasama pihak-pihak di dalam kes ini," katanya.
Raja Rozela memaklumkan pihak pendakwaan telah menawarkan 27 saksi kepada pihak pembelaan termasuk bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kawalan dan Penguatkuasaan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wahab Mohd Yasin; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan II) Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad serta pegawai SPRM, S. Vijaya Kumar (pengadu di dalam kes).
Terdahulu, semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal, peguam itu mempersoal tindakan saksi pendakwaan ke-18 yang tidak merekod keterangan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sedangkan nama Menteri Kanan Pertahanan itu terdapat di dalam borang aduan SPRM.
Mahendran berkata, beliau tidak merakam percakapan Hishammuddin kerana tiada keterangan saksi-saksi dan maklumat daripada lejar UKSB mengenai pembayaran kepada ahli politik itu.
Ahmad Zaidi: Berkenaan siasatan, semalam Encik Mahendran memberitahu mahkamah siasatan memfokuskan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid sahaja?
Mahendran: Tidak setuju, fokus kepada kontrak VLN dan OSC (Pusat Sehenti) yang melibatkan pegawai-pegawai serta menteri-menteri KDN.
Saksi itu juga berkata, menteri-menteri KDN yang dimaksudkannya adalah Hishammuddin dan Ahmad Zahid.
Selain itu, beliau juga menolak cadangan peguam itu bahawa Ahmad Zahid hanya menerima RM100,000 sebanyak dua kali daripada UKSB.
Selain itu, Mahendran juga tidak bersetuju dengan cadangan Ahmad Zaidi bahawa keterangan yang diberikan saksi-saksi utama kes tersebut iaitu bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun dan dua bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun serta Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani tidak boleh dipercayai.
Dalam perbicaraan yang bermula pada 24 Mei 2021 itu, pendakwaan turut diwakili Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B. Thavani manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Ahmad Zaidi dan Hamidi Mohd Noh.
Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), hari ini menutup kes mereka selepas memanggil 18 saksi. - Gambar fail BERNAMA
Pengangkutan awam: Terminal Bersepadu Gombak mula operasi 15 Mac ini
Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara berperingkat bermula 15 Mac ini.
Sidang Parlimen: Projek ladang solar, infra nuklear antara tumpuan hari ini
Dasar dalam memperkembang projek ladang solar dan pembangunan infrastruktur nuklear, antara isu yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

AS, Ukraine sedia tanda tangan perjanjian mineral hari ini - Laporan
Presiden Trump mahu mengumumkan perjanjian tersebut dalam ucapannya kepada Kongres pada malam Selasa (Rabu, waktu Malaysia).

Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House
Zelenskyy hargai usaha Washington selama ini bantu Ukraine dan kini sedia tandatangan perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid
Suami Siti Nurhaliza dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Ahmad Zahid pemurah, banyak beri sumbangan amal: Saksi
Ramai orang datang ke pejabat untuk bertemu Ahmad Zahid bagi mendapatkan dana bantuan antaranya untuk menyambung pelajaran.

Kes rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.

Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima
Kenyataan Fadzlette akan menunjukkan bahawa Mazlina bersikap berat sebelah terhadap Ahmad Zahid.

Rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui 23 Sept
Keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri akan diketahui pada 23 Sept ini.

Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan
Tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Pendakwa Raya.

Ahmad Zahid terima suapan untuk diri sendiri - TPR
Sumbangan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun bayaran itu dikatakan untuk politik.

"Saya tidak guna sumbangan politik RM6 juta untuk kepentingan peribadi" - Ahmad Zahid
Sebaliknya, wang itu disalurkan untuk amal jariah, wakaf dan aktiviti keagamaan, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Kes rasuah Zahid: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 1 Sept
Pendakwaan menutup kes selepas saksi ke-18, pegawai penyiasat SPRM V. Mahendran, selesai memberi keterangan.