SHAH ALAM: Keputusan sama ada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), akan diketahui esok.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.
Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Ahmad Zahid, maka beliau akan dipanggil untuk membela diri manakala jika sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dilepas dan dibebaskan.
Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B. Thavani manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.
Pada 11 Ogos, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 24 Mei 2021 dan pihak pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 7 Sept lepas.
Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Ibrahim serta tiga bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun.
Pada 26 Jun 2019, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem VLN, bagaimanapun pada 31 Julai 2019, mahkamah membenarkan permohonan Presiden UMNO itu untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN.
Kesemua kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.
Ahmad Zahid, 69, didakwa terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada syarikat UKSB sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Beliau didakwa melakukan kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sebagai Menteri Dalam Negeri, menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 hingga 2017.
Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahmad Zahid turut didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc; dan US$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.
Ahmad Zahid dituduh melakukan perbuatan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017.
Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

Keputusan sama ada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), akan diketahui esok. - Gambar BERNAMA
Pengangkutan awam: Terminal Bersepadu Gombak mula operasi 15 Mac ini
Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara berperingkat bermula 15 Mac ini.
Sidang Parlimen: Projek ladang solar, infra nuklear antara tumpuan hari ini
Dasar dalam memperkembang projek ladang solar dan pembangunan infrastruktur nuklear, antara isu yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

AS, Ukraine sedia tanda tangan perjanjian mineral hari ini - Laporan
Presiden Trump mahu mengumumkan perjanjian tersebut dalam ucapannya kepada Kongres pada malam Selasa (Rabu, waktu Malaysia).

Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House
Zelenskyy hargai usaha Washington selama ini bantu Ukraine dan kini sedia tandatangan perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid
Suami Siti Nurhaliza dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Ahmad Zahid pemurah, banyak beri sumbangan amal: Saksi
Ramai orang datang ke pejabat untuk bertemu Ahmad Zahid bagi mendapatkan dana bantuan antaranya untuk menyambung pelajaran.

Kes rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.

Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima
Kenyataan Fadzlette akan menunjukkan bahawa Mazlina bersikap berat sebelah terhadap Ahmad Zahid.

Rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui 23 Sept
Keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri akan diketahui pada 23 Sept ini.

Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan
Tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Pendakwa Raya.

Ahmad Zahid terima suapan untuk diri sendiri - TPR
Sumbangan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun bayaran itu dikatakan untuk politik.

"Saya tidak guna sumbangan politik RM6 juta untuk kepentingan peribadi" - Ahmad Zahid
Sebaliknya, wang itu disalurkan untuk amal jariah, wakaf dan aktiviti keagamaan, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Kes rasuah Zahid: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 1 Sept
Pendakwaan menutup kes selepas saksi ke-18, pegawai penyiasat SPRM V. Mahendran, selesai memberi keterangan.