SEREMBAN: Kes jenayah melibatkan penipuan dalam talian di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,330 kes atau 44.3 peratus dari Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 1,333 kes bagi tempoh sama pada 2020.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, jumlah itu sekali gus menyumbang 86 peratus daripada keseluruhan jenayah komersial dengan kerugian berjumlah RM20.9 juta berbanding lebih RM18.8 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
"Kes berkenaan termasuk belian dalam talian (e-dagang), macau scam, love scam dan pinjaman tidak wujud serta tipu tawaran pekerjaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata seramai 830 individu ditahan kerana dipercayai terlibat sebagai 'keldai akaun' dengan memberikan maklumat akaun bank mereka untuk digunakan sindiket manakala 285 individu dituduh di mahkamah.
Mohamad berkata butiran peribadi pemilik akaun yang ditangkap dan dituduh akan disenaraikan dalam rekod jenayah sekali gus menjejaskan sebarang urusan seharian serta peluang mereka mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang.
Beliau berkata pihaknya turut memperhebat program pencegahan kes penipuan dalam talian di semua daerah di Negeri Sembilan untuk memberi pendedahan kepada orang awam supaya tidak menjadi mangsa sindiket penipu atau 'scammer.'
"Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon atau nombor akaun bank yang disyaki scammer menerusi portal https://semakmule.rmp.gov.my dan CCID Infoline di talian 013-2111 222," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
![Kes penipuan dalam talian di N. Sembilan meningkat, babitkan kerugian RM20.9 juta Kes penipuan dalam talian di N. Sembilan meningkat, babitkan kerugian RM20.9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629197088_scmageneric.jpg)
Kes berkenaan termasuk belian dalam talian (e-dagang), macau scam, love scam dan pinjaman tidak wujud serta tipu tawaran pekerjaan. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Rugi RM120,000 diperdaya 'scammer' menyamar anggota AMLA Rugi RM120,000 diperdaya 'scammer' menyamar anggota AMLA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720537799_PhoneScams.jpg)
Rugi RM120,000 diperdaya 'scammer' menyamar anggota AMLA
Mangsa yang percaya dengan kata-kata tersebut telah melakukan 17 transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank berbeza.
![Guru berputih mata wang pinjaman, simpanan RM128,000 lesap Guru berputih mata wang pinjaman, simpanan RM128,000 lesap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Guru berputih mata wang pinjaman, simpanan RM128,000 lesap
Lebih malang, mangsa berusia 25 tahun terperdaya hingga terpaksa membuat pinjaman peribadi RM128,000 sebelum wang tersebut dilesapkan.
![Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720583866_HandcuffGari.jpg)
Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjadi "keldai akaun" kepada satu sindiket penipuan berkaitan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
![Jururawat rugi RM88,700 akibat phone scam Jururawat rugi RM88,700 akibat phone scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
![Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000 Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Salah seorang mangsa telah membuat 33 transaksi ke dalam beberapa akaun bank termasuk milik suspek membabitkan jumlah melebihi RM70,000.
![Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718000969_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK
Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi (APK) susulan dua lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di Pulau Pinang dan Johor pada Rabu lepas.
![Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717764387_cristopher.jpg)
Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan
Kesemua mereka itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana yang berfungsi sebagai pusat panggilan.
![Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717386616_LaiPeiJing.jpg)
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
![Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000 Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000
Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mendapatkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.
![Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712655553_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.