Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan hukuman terhadap sepasang suami isteri yang didakwa memindahkan dan mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kepada Rabu depan.
Penangguhan tersebut ekoran peguam yang mewakili pasangan tersebut menarik diri daripada mewakili mereka.
Nur Shila Kanan, 34, menghadapi 12 pertuduhan manakala suaminya, seorang mekanik, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, menghadapi empat pertuduhan.
Dalam prosiding itu, peguam YS Chong dan Collin Arvind Andrew memberitahu Hakim Norsharidah Awang bahawa penarikan diri mereka atas alasan pasangan tersebut tidak memberi arahan selanjutnya dan kerjasama yang sepatutnya.
Chong memberitahu pihaknya telah menyediakan rayuan berkenaan namun tidak dapat dikemukakan kerana pasangan itu telah melantik peguam baharu dan turut berhasrat untuk menukar pengakuan mereka.
Norsharidah kemudian menangguhkan prosiding tersebut kepada Rabu depan untuk mendengar rayuan dan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap pasangan itu.
Pada 20 Ogos tahun lepas, pasangan tersebut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan perbicaraan bermula pada 16 April lalu dengan memanggil empat saksi pendakwaan.
Bagaimanapun, pasangan itu menukar pengakuan bersalah pada 28 April lepas dan mahkamah telah membacakan pertuduhan semula dan mensabitkan kesalahan tersebut terhadap mereka.
Nur Shila didakwa memindahkan wang milik rakyat Malaysia, menggunakan dokumen palsu sebagai tulen dan menipu penyelia bank serta mencuri wang tersebut.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bank HSBC tempat dia (Nur Shila) bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lepas.
Sementara itu, suaminya menghadapi pertuduhan menggunakan kad debit dan kad TM untuk mengeluarkan wang mangsa di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei tahun lepas dan 11.28 malam 29 Jun tahun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua tertuduh sebelum ini telah beberapa kali melantik peguam dan mereka (peguam) turut menarik diri daripada mewakili mereka.
"Kesemua peguam terdahulu menarik diri atas alasan gagal mendapat arahan dan kerjasama dari pasangan itu dan situasi berkenaan masih berlaku sehingga hari ini. Ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai niat untuk melengah-lengahkan proses mahkamah,"katanya.
Bernama
Thu May 14 2015
Penangguhan tersebut ekoran peguam yang mewakili Nur Shila dan Basheer (gambar, tengah) menarik diri daripada mewakili mereka.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Kes pengeluaran wang milik mangsa MH370 ditangguh ke Rabu depan
Peguam YS Chong dan Collin Arvind Andrew memberitahu Hakim Norsharidah Awang bahawa penarikan diri mereka atas alasan pasangan tersebut tidak memberi arahan selanjutnya dan kerjasama sepatutnya.