Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak perlu memberi penjelasan berhubung kes liwatnya sebelum ini, sebaliknya meminta mana-mana pihak yang masih 'ingin tahu' supaya merujuk kepada banyak sumber yang telahpun menerbitkan fakta berkenaan kes itu.
Ketua Umum PKR itu berkata rakyat khususnya penuntut institusi pengajian tinggi perlu bersikap terbuka dengan tidak hanya terikat kepada satu-satu sumber untuk mencari maklumat seperti suratkhabar atau televisyen.
"Penjelasan berkenaan kes ini dah diulang banyak kali dalam Facebook, dah sejuta hits dalam youtube. Semua report pembelaan (berkenaan kes liwat) juga ada telah dibuat buku antaranya oleh peguam Australia Mark Trowell... jawapan diberi dengan sangat terperinci, jadi saya nak nasihatkan bacalah.
"Saya juga ulangi, sewaktu saya dibebaskan sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong juga beritahu bahawa baginda yakin saya tidak bersalah, ada miscarriage of justice (salah laksana keadilan).
"Baginda tahu perkara ini tidak betul dan meminta supaya bila saya berkuasa janganlah izinkan perkara zalim dilakukan ke atas sesiapa.
"Apakah kita nak jadi mangsa fitnah orang atau kita nak cari kebenaran dengan mendengar dan membaca semua maklumat," katanya pada program 'Meet Anwar Ibrahim' anjuran bersama Universiti Selangor (Unisel) dan Anwar Ibrahim Club di kampus universiti itu di Bestari Jaya di sini, malam tadi.
Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang penuntut Unisel yang ingin tahu sama ada beliau bersalah atas tuduhan liwat tersebut atau difitnah.
Anwar dihukum penjara lima tahun pada Februari 2015 bagi sabitan meliwat.
Pada Mei selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, beliau mendapat pengampunan penuh diraja dengan sabitannya dipadamkan daripada rekod.
Pada 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun atas sabitan salah guna kuasa dan salah laku seksual.
Mengenai dakwaan berlakunya amalan politik wang ketika pemilihan PKR, Anwar tidak menafikan perkara itu wujud namun pihaknya perlu mencari bukti mencukupi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa politik wang berlaku di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 17 2018
Anwar berucap di hadapan mahasiswa sempena program Temui Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Canselor, Unisel, Bestari Jaya, 17 Okt, 2018. Turut hadir Presiden dan Naib Canselor unisel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (kanan). --fotoBERNAMA
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Prabowo ambil berat ketika fasa duka lara - PM Anwar
Anwar berkata, Prabowo tidak pernah meninggalkan beliau ketika melalui fasa duka lara beberapa tahun lalu.
Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.
Prabowo tiba di Menara Berkembar, adakan pertemuan tertutup dengan PM Anwar
Difahamkan, pertemuan akan membincangkan langkah memperkukuh kerjasama dua hala dan isu-isu global melibatkan kepentingan kedua-dua negara.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual dengan impak besar - PM Anwar
Ia satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat dan mempunyai dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat Islam.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.