MANJUNG: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang yang mengeluarkan kata-kata ugutan seperti tular dalam video di Facebook hari ini, akan dirujuk semula kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata sebelum ini kertas siasatan telah dihantar pada 25 Julai lepas namun terdapat beberapa arahan lanjut yang perlu dilengkapkan.
"Suspek sebelum ini telah ditahan pada 21 Jun lepas kira-kira 2.20 petang oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Manjung di perkarangan IPD Manjung bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh ibu saudara suspek pada 9 April lepas berpunca kerana suspek mendakwa tanah di tempat kejadian adalah miliknya sedangkan di dalam akuan geran tanah tidak terdapat namanya," katanya dalam kenyataan.
Nor Omar berkata lelaki berusia 50-an itu dipercayai datang ke kawasan tanah hak milik ibu saudaranya itu di Manjung membawa sebilah parang dan tong disyaki berisi minyak petrol sambil mengeluarkan kata-kata ugutan mahu melibas kepala serta memenggal kepala pengadu dengan parang selain akan membakar rumah yang sedang dibina oleh pemilik tanah.
"Suspek yang bekerja sendiri didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mengakui telah mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah tersebut kepada pengadu sambil memegang sebilah parang kerana tidak berpuas hati berkenaan pemilikan tanah tersebut," tambahnya.
Dilapor, sebuah video berdurasi satu minit 42 saat yang dimuat naik kira-kira 9.30 pagi tadi oleh pemilik akaun Facebook 'Kongsi Segala Info' memaparkan kejadian dipercayai seorang lelaki sambil memegang sebilah parang dalam keadaan marah dan mengeluarkan kata-kata ugutan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
![Kes lelaki amuk dengan parang di Manjung dirujuk semula ke TPR Kes lelaki amuk dengan parang di Manjung dirujuk semula ke TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659623717_uguttular.jpg)
Sebelum ini kertas siasatan telah dihantar pada 25 Julai lepas namun terdapat beberapa arahan lanjut yang perlu dilengkapkan. - Facebook Info Roadblock Seluruh Malaysia
![Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723777589_Lelakitolakisteri.jpg)
Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh
Tertuduh, Mohd Azzuan Ahmad, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024
Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
#AWANInews
#AWANInews
![Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723776706_UnitedAirlinesBoei.jpg)
Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut
Penerbangan 507, United Airlines yang dikendalikan Boeing 777-200 dilencongkan ke Edmonton, Kanada kerana kecemasan perubatan penumpang.
AWANI Ringkas: Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Kalau dia lembab, malas dan cuai.. peningkatannya tidak dijamin' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa penjawat awam yang mengetepikan prinsip amalan bersih, cuai dan malas tidak akan diberikan ganjaran yang setimpal.
#AWANInews
#AWANInews
![“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham “Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723776306_ufahanieNidzaAfh.jpg)
“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham
Keluarga tidak reda dan tidak maafkan tindakan penulis berkongsi cerita tidak berasas mengenai Allahyarham Nidza Afham di laman X.
Niaga SPOTLIGHT: Tech-Driven Coffee - Spilling the beans
Venon Tian, Chief Operating Officer, ZUS Coffee, joins us to discuss building a tech-driven beverage startup in less than 5 years.
ZUS reached an impressive milestone in July 2024, opening its 500th outlet in Malaysia, and now also boasts almost 50 outlets in Philippines, employing more than 4,000 Malaysians & Filipinos.
The beverage industry is a highly competitive global and domestic market. In Malaysia, output in the beverages market amounted to MYR 14.21bn in 2023 with a Cumulative Annual Growth Rate (CAGR) of 2.76 percent.
ZUS reached an impressive milestone in July 2024, opening its 500th outlet in Malaysia, and now also boasts almost 50 outlets in Philippines, employing more than 4,000 Malaysians & Filipinos.
The beverage industry is a highly competitive global and domestic market. In Malaysia, output in the beverages market amounted to MYR 14.21bn in 2023 with a Cumulative Annual Growth Rate (CAGR) of 2.76 percent.
![Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723776922_AnwarIbrahim.jpg)
Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar
Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M TUDM diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia.
![Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024 Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723775352_DatukHamidin.jpg)
Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024
Fahmi berkata, penghargaan itu diberikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Ogos 2024
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,614.63, turun naik antara 1,605.69 dan 1,614.69 sepanjang sesi dagangan.
![Kes lelaki amuk dengan parang di Manjung dirujuk semula ke TPR Kes lelaki amuk dengan parang di Manjung dirujuk semula ke TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659623717_uguttular.jpg)
Kes lelaki amuk dengan parang di Manjung dirujuk semula ke TPR
Sebelum ini kertas siasatan telah dihantar pada 25 Julai lepas namun terdapat beberapa arahan lanjut yang perlu dilengkapkan.