Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyiasat kes kanak-kanak perempuan yang dikurung dan didera di Butterworth, Pulau Pinang.
Timbalan Menterinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata siasatan dilakukan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kanak-kanak itu kini berada di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kita (kementerian) akan mendapatkan laporan dari JKM Pulau Pinang dan sekiranya mahkamah keluarkan perintah, kanak-kanak itu akan ditempatkan di rumah penjagaan JKM," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Hari Keluarga Pusat Dalam Komuniti (PDK) DUN Johor Jaya, di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita) Datin Seri Rosni Omar.
Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai bapa mangsa bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Chew yang juga Naib Presiden MCA berkata seramai 506,228 Orang Kurang Upaya (OKU) direkodkan berdaftar dengan JKM sehingga tahun lepas.
Beliau berkata 508 pusat PDK pula beroperasi di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 21,869 orang OKU.
Di Johor, 69 PDK diwujudkan di mana 2,760 OKU mendapat perkhidmatan di pusat PDK dan di rumah, katanya.
Menurutnya, pihaknya menerusi JKM juga sedang mengemaskini katalog produk PDK dan satu laman web akan diwujudkan bagi pemasaran produk PDK seperti barangan kraftangan untuk menjana pendapatan.
Bernama
Sat Jan 17 2015
![Kes kanak-kanak dikurung bapa akan disiasat JKM Kes kanak-kanak dikurung bapa akan disiasat JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61393040454_295x200.jpg)
CHEW: Sekiranya mahkamah keluarkan perintah, kanak-kanak itu akan ditempatkan di rumah penjagaan JKM.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
![Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah
Dua ahli politik DAP menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar RM350,000 kepada bekas setiausaha agung MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.
![Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435065467_NAZRIAZIZ.jpg)
Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA
Nazri Aziz adalah di antara nama-nama pemimpin BN yang tersenarai dalam golongan pemimpin biadap dan angkuh.
![Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444006459_chewmeifun.jpg)
Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA
Parti MCA mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.
![Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71443974754_chewmeifun.jpg)
Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datin Seri Chew Mei Fun menegaskan bahawa beliau bukanlah sekadar calon payung terjun diletakkan pucuk pimpinan BN di kerusi parlimen itu.
![Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045 Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446896130_wargaemas.jpg)
Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045
Rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan melebihi jumlah mereka yang berusia bawah 15 tahun selepas 2045.
![Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444006459_chewmeifun.jpg)
Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew
Kerajaan bercadang menetapkan syarat kelayakan pengasuh taska untuk pendaftaran baharu mesti mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016 65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444006459_chewmeifun.jpg)
65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016
Sebanyak 65 Taska dan 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatalkan pendaftaran kerana gagal mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sejak Januari hingga September tahun ini.
![Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446896130_wargaemas.jpg)
Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Chew Mei Fun berkata kerajaan tidak bercadang menambah rumah kebajikan bagi menempatkan warga emas.
![Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444006459_chewmeifun.jpg)
Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia
Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.
![Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439299288_IsmailSabri.jpg)
Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berharap isu cadangan "Low Yat 2" tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).