KUALA KRAI: Semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Kuala Krai di sini, dinasihatkan supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 berikutan kes harian yang masih tinggi di Kelantan ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata mangsa banjir diminta sentiasa berwaspada dengan menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka sepanjang berada di PPS.
"Saya minta supaya mereka sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri, jaga had pergaulan semasa di PPS, patuhi arahan serta banyak bersabar dan solat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tinjauan di beberapa PPS di sini seperti di Pejabat Veterinar, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Embak dan SK Banggol Guchil mendapati tahap pematuhan SOP sangat baik dan semua mangsa banjir yang ditempatkan berada dalam keadaan selesa.
Kebanyakan mereka akur dengan arahan pihak berkuasa supaya berpindah ke PPS demi keselamatan masing-masing, meskipun wujud rasa bimbang dijangkiti virus COVID-19.
Seorang mangsa banjir, Jamilah Salleh, 63, berkata melihat angka kes harian yang tinggi di Kelantan, sedikit sebanyak merisaukannya sepanjang berada di PPS.
"Walaupun SOP yang ditetapkan di PPS masih dilaksanakan tetapi dengan keadaan sebegini (kes yang masih tinggi) saya harap tiada penularan COVID-19 di sini," kata peniaga santan itu ketika ditemui di PPS Pejabat Veterinar di sini, hari ini.
Seorang suri rumah, Ruhayati Abd Rahman, 58, yang ditempatkan di PPS yang sama berkata beliau dan keluarga terpaksa akur untuk berpindah meskipun pada awalnya agak keberatan kerana bimbang dengan penularan wabak COVID-19.
"Saya sekeluarga tidak boleh buat apa-apa selain perlu segera berpindah ke PPS kerana trend air di sekeliling rumah semakin naik sejak malam tadi, saya hanya bertawakal kepada Allah supaya dijauhi daripada wabak itu," katanya yang melapor diri di PPS tersebut pada pukul 7.30 pagi tadi.
Semalam, jumlah harian COVID-19 di Kelantan mencatatkan 1,836 kes dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (Rt) adalah 1.14.n
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022

Penunggang motosikal meredah laluan Jalan Kampung Bukit Langsat-Bukit Sireh di Kuala Krai yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak Khamis. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.