SERDANG: Kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak menunjukkan trend membimbangkan dengan 35 kes dilaporkan pada tahun lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Jumlah kes itu pun tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam negara, kata Nancy yang yakin terdapat banyak lagi kes yang tidak dilaporkan atas pelbagai faktor.
"Ada ibu bapa mungkin malu untuk buat laporan, kanak-kanak pula tidak tahu cara untuk membuat laporan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Selangor di sini hari ini.
Nancy berkata isu gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak juga boleh mengakibatkan trauma dan memberi kesan jangka panjang terutamanya jika pelaku terdiri daripada individu terdekat seperti bapa atau abang sendiri.
"Kita tidak mahu kes sebegini menjadi normal (kerana) kalau dikacau dan diganggu dari kecil, mungkin mereka rasa itu adalah perbuatan biasa dalam tingkah laku manusia," katanya.
Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 378 kes gangguan seksual melibatkan orang dewasa dilaporkan pada 2020 dan angka itu meningkat kepada 506 kes pada 2021.
Nancy berkata masih ramai lagi yang tidak tampil melaporkan kes gangguan seksual yang dilalui kepada pihak berkuasa kerana malu dan takut.
Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia membantu mangsa dari segi khidmat kaunseling dan psikologi namun mangsa disarankan juga untuk membuat laporan polis.
"Kaunseling sahaja tidak mencukupi sebab tindakan perlu diambil," katanya.
Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual merupakan program yang memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai gangguan seksual. Program tersebut juga bertujuan memberi kesedaran agar budaya menormalisasikan gangguan seksual dihapuskan.
Dalam perkembangan lain, Nancy berkata pihaknya sedang menunggu laporan pihak polis berhubung insiden bayi dihempas ke lantai dan kanak-kanak dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Pulau Pinang semalam.
"Kami baharu sahaja terima maklumat berhubung kes tersebut dan difahamkan ia dalam proses siasatan. Kita harus menunggu laporan yang sepatutnya terlebih dahulu untuk memastikan kita melakukan perkara yang betul," katanya.
Media hari ini melaporkan bayi perempuan berusia 40 hari dihempas ke lantai oleh bapa saudaranya sehingga mengalami pendarahan di bahagian kepala manakala seorang lagi mangsa, kanak-kanak berumur tiga tahun cedera di mulut dan patah kaki akibat dicampak.
Pelaku yang berusia 29 tahun itu didakwa terdengar 'bunyi bisikan' sebelum mencederakan kedua-dua anak saudaranya dan sedang menerima rawatan tradisional sejak dua bulan lepas akibat masalah kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika sidang media pada program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini. - Foto BERNAMA
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan - Nancy
Individu yang menjadi mangsa gangguan seksual perlu berani tampil membuat laporan menerusi platform undang-undang yang disediakan oleh kerajaan agar tindakan boleh diambil terhadap pelaku.
Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual
Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) perlu dipinda dengan memasukkan peruntukan yang menghalang organisasi daripada mengenakan tindakan balas terhadap pengadu.
Perkenalkan mekanisme aduan gangguan seksual secara 'e-filing' - Presiden AWL
Kaedah digitalisasi ini akan membuka akses lebih luas kepada individu di luar bandar untuk melaporkan insiden gangguan seksual.
KPWKM cadang Akta Antigangguan Seksual 2022 dipinda untuk ditambah baik
KPWKM mencadangkan agar Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), dipinda untuk ditambah baik dalam menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.