KUALA LUMPUR: Kes dera kanak-kanak, penurunan penyertaan murid sekolah menengah dalam aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta miskin tegar bagi golongan B40 antara isu tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai langkah yang diambil kementerian itu dalam mengurangkan kes dera kanak-kanak yang semakin meningkat di negara ini.
Puah yang mengemukakan soalan itu pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri juga ingin tahu bantuan yang akan diberikan kepada mangsa.
Dalam sesi sama, Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) meminta Menteri Pendidikan menyatakan langkah menangani isu peratusan murid menengah atas yang menyertai aliran STEM dari 2017 hingga 2022 yang mencatatkan penurunan 45.2 peratus kepada 40.94 peratus, termasuk peranan Jawatankuasa STEM yang ditubuhkan.
Pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) meminta Menteri Ekonomi menyatakan ketercapaian sasaran kementerian itu dengan kerjasama Pihak Berkuasa Koridor, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan pejabat daerah dalam usaha membasmi isi rumah miskin tegar bagi golongan B40.
Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki hari keempat, selepas ia dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt.
Ahli-Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki hari keempat. - Foto fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.