Penduduk kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani kes denggi yang semakin kritikal.
Sehingga kini 1,670 kes denggi yang mengakibatkan lima kematian dilaporkan di kawasan sekitar Ampang Jaya.
MPAJ sudah mengenalpasti empat kawasan panas denggi iaitu Taman Melawati, Kampung Pandan, Kampung Perwira Jaya dan Bukit Utama.
Menurut Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain, kebanyakan kes yang dilapor membabitkan kawasan perumahan pangsa dan rumah teres.
Selain membuat semburan asap, MPAJ meneruskan pemeriksaan berskala dan menjalankan aktiviti gotong-royong bagi mengurangkan kes yang boleh menyebabkan maut itu.
“Kalau tidak dibuat sesuatu tindakan, kemungkinan apabila kes demam denggi ini berulang dan mungkin satu hari dia akan kena ahli keluarga sendiri. Jadi dalam hal ini kita minta supaya penduduk-penduduk dan masyarakat di Ampang Jaya dan di seluruh negara supaya memberi perhatian, memberi sedikit masa untuk memastikan persekitaran itu bersih,” kata beliau.
Setakat ini, MPAJ sudah melaksanakan 63 program kesedaran kepada penduduk dalam pencegahan kes denggi.
Abdul Hamid juga berharap warga MPAJ yang dijangka meninggalkan rumah mereka untuk balik kampung sempena sambutan Hari Raya supaya memastikan bekas takungan air dibersihkan.
Anthea Yap
Sat Jun 27 2015
Sehingga kini 1,670 kes denggi yang mengakibatkan 5 kematian dilaporkan di kawasan sekitar Ampang Jaya.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Kes denggi di Ampang Jaya semakin kritikal - MPAJ
Penduduk kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani kes denggi yang semakin kritikal.