IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan 306.2 peratus atau 1,974 kes dari Januari hingga 25 Nov lepas, berbanding 486 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata satu kes kematian turut dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.
"Kes demam denggi meningkat akibat faktor pergerakan orang ramai secara meluas menyebabkan risiko jangkitan demam denggi lebih tinggi dan cepat merebak.
"Faktor cuaca iaitu hujan yang berterusan juga menyebabkan peningkatan kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan November di sini hari ini.
Rumaizi berkata lima lokaliti 'hotspot' kes demam denggi juga telah dikenal pasti di sekitar bandar raya Ipoh iaitu Kampung Tersusun Batu 8 dengan 46 kes, Taman Indah (22 kes), Kampung Tersusun Batu 6 (18 kes), Taman Pertama (15 kes) dan rumah pangsa Sri Kepayang dengan tujuh kes.
Mengulas lanjut, katanya kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan aktiviti pencegahan, kawalan dan promosi kesihatan berkaitan kesedaran denggi amat diperlukan bagi membendung peningkatan kes.
"Warga Ipoh juga diseru supaya terus mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan demam denggi. Aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk secara berterusan diharap boleh mengurangkan kepadatan/densiti nyamuk Aedes agar berada pada tahap minimum pada setiap masa.
"Justeru, mereka dinasihatkan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk melakukan aktiviti pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan kediaman masing-masing pada setiap minggu," katanya.
Ditanya rungutan orang ramai mengenai tindakan MBI melaksanakan fogging atau semburan asap seawal 5 pagi sejak kebelakangan ini, Rumaizi berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Pusat Kesihatan Daerah.
"Kita (MBI) mendapat nasihat daripada Pusat Kesihatan Daerah untuk melaksanakan (fogging), kita membantu sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan 306.2 peratus atau 1,974 kes dari Januari hingga 25 Nov lepas, berbanding 486 kes bagi tempoh sama tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME40, tiga kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,639 kes pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME40) iaitu bagi tempoh 29 Sept hingga 5 Okt lepas berbanding 1,760 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod
Kes demam denggi menurun kepada 2,609 pada Minggu Epidemiologi ke-30 berbanding 2,690 pada minggu sebelumnya yang menyaksikan empat kematian dilaporkan.

Kes demam denggi meningkat, lima kematian pada ME24
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 2,900 kes pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) bagi tempoh 9 hingga 15 Jun lepas dengan lima kematian direkodkan, berbanding 2,508 kes pada minggu sebelumnya.

Denggi: Dua kematian, 2,461 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20
Sebanyak 2,461 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-20 bagi tempoh 12 hingga 18 Mei lepas,

Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan
Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.

Kes denggi meningkat pada ME01, tiada kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi di negara ini meningkat kepada3,181 kes pada Minggu Epidemiologi ke-01 (ME01) 2024 iaitu bagi tempoh 31 Dis 2023 hingga 6 Jan 2024 berbanding 2,715 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat lebih 300 peratus
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata satu kes kematian turut dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

Kes denggi menurun 2.2 peratus, lima kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun 2.2 peratus kepada 2,221 kes pada Minggu Epidemiologi ke-44 (ME44), iaitu bagi tempoh 29 Okt hingga 4 Nov berbanding 2,272 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi turun 9.5 peratus pada ME26 - KP Kesihatan
Sejumlah 2,336 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 (ME26) iaitu bagi tempoh 25 Jun hingga 1 Julai lepas, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.