KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 29 Nov untuk sebutan semula kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) membabitkan RM27 juta.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya ditetapkan tarikh sebutan lain bagi kes itu, sementara menunggu permohonan semakan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan penyelewengan RM42 juta dalam dana SRC.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata pengurusan kes pertama permohonan semakan Najib itu telah ditetapkan pada 21 Okt ini di Mahkamah Persekutuan.
"Saya dengan rendah hati memohon tarikh sebutan lain untuk kes SRC yang melibatkan RM27 juta ini sementara menunggu selesainya semakan itu. Kami menjangkakan semakan akan didengar pada November atau Disember (tahun ini) tetapi jika mahkamah cenderung untuk membenarkannya, saya secara peribadi berpendapat ia tidak akan dilakukan pada masa itu," kata Mohd Ashrof.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata pasukan pembelaan telah menghantar surat kepada Mahkamah Persekutuan untuk meminta tarikh pengurusan kes lebih awal untuk semakan kerana keperluan mendesak dikaitkan dengan isu asas kes itu.
"Saya tiada bantahan (untuk mahkamah menetapkan satu lagi tarikh sebutan bagi kes SRC membabitkan RM27 juta) kerana ia mempunyai kaitan dengan kes pertama (kes RM42 juta dana SRC), ia hanya logik. Saya beranggapan menjelang November, Mahkamah Persekutuan sepatutnya mendengar akan mendengarnya (semakan)," kata peguam itu.
Hakim Mohamed Zaini berkata kedua-dua pihak boleh menulis surat kepada mahkamah sekiranya terdapat sebarang perkembangan mengenai permohonan semakan itu.
Sebelum ini, perbicaraan telah ditangguhkan menunggu selesainya rayuan kes RM42 juta dana SRC.
Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM27 juta, didakwa hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.
Najib didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Pengurusan kes pertama permohonan semakan Najib itu telah ditetapkan pada 21 Okt ini di Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Keputusan rayuan kes SRC: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu dalam prosiding secara maya melalui zoom bermula jam 9 pagi tadi.

'Kluster Mahkamah': Polis nafi tidak ambil tindakan awal perhimpunan penyokong Najib
Datuk Mazlan berkata, penganjur perhimpunan akan dipanggil membantu siasatan kerana ingkar arahan yang sudah diberikan pihak berkuasa.

Najib bersalah: Satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia - PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan menyifatkan keputusan kes SRC International terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia.

Kes SRC: AmBank didenda kerana gagal lapor transaksi curiga dalam akaun Najib - Saksi
AmBank cawangan Raja Chulan pernah dikenakan denda kerana gagal menghantar Laporan Transaksi Meragukan

Kes SRC: Pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi
Pengurus AmBank cawangan Raja Chulan, R Uma Devi berkata, semua pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang melibatkan akaun mereka.

Kes SRC: Keterangan antara saksi bercanggah
Berlaku percanggahan antara keterangan yang diberikan oleh saksi kedua, Azizul Adzani Abdul Ghafar dengan keterangan saksi ke-21, R Uma Devi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini.