Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kes cubaan membunuh presiden Maldives pada 28 September 2015.

Tangkapan dibuat pada 28 Oktober oleh Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas PDRM.

Suspek berusia 47 tahun itu merupakan warganegara Maldives dan bekerja sebagai duta pelaburan negara terbabit.

Dia ditahan di sebuah kondominum di ibu negara bersama empat individu iaitu dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 28 hingga 38 tahun.

Kesemua suspek ditahan di bawah Akta Imigresen dan telah dihantar ke negara asal pada 30 Oktober 2015 untuk tindakan lanjut pihak berkuasa negara berkenaan.

Penangkapan suspek merupakan kejayaan hasil kerjasama rapat antara PDRM dan pihak berkuasa Maldives.