Polis Perak akan mengemukakan cadangan kepada Mahkamah Majistret untuk mengadakan inkues bagi menyiasat punca kematian empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Goh Kok Liang berkata pihaknya akan merujuk kertas siasatan kes itu kepada mahkamah setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.
Beliau berkata, sehingga kini punca kematian tidak dapat dibuktikan terutama ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh sebelum ini tidak sepadan.
"Polis tidak dapat memutuskan bahawa keempat-empat mangsa ini meninggal dunia akibat dibunuh. Cadangan ini dibuat berikutan keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah memerintahkan dua suspek dikenakan tahanan dua tahun.
"Kita mencadangkan kes ini dirujuk kepada mahkamah untuk mendapat keputusan dengan kematian empat mangsa. Inilah jalan terbaik," katanya kepada pemberita selepas bertemu keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw.
Pada 5 Februari lepas, Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan Perintah Tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) ke atas dua beranak berhubung kes pembunuhan tersebut.
Dua beranak itu dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 19A (1) POCA. Individu pertama seorang mekanik berusia 58 tahun diperintah menjalani tahanan di Pusat Pemulihan Khas Simpang Renggam, Johor selama dua tahun, manakala anak lelakinya yang berumur 21 tahun akan ditahan di Pusat Pemulihan Khas Kluang, Johor juga selama dua tahun.
Pada 26 Oktober lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.
Dua lagi suspek iaitu isteri dan anak mekanik itu yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan, dibebaskan tanpa syarat pada 2 Disember tahun lepas setelah didapati mereka tiada kaitan dengan kehilangan lelaki itu.
Bernama
Thu Feb 25 2016
![Kes bunuh Tapah: Polis mohon inkues kenal pasti punca kematian Kes bunuh Tapah: Polis mohon inkues kenal pasti punca kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61446983818_950x600.jpg)
Pada 26 Oktober lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan seorang lelaki. - Gambar fail
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Tapah: Polis mohon inkues kenal pasti punca kematian Kes bunuh Tapah: Polis mohon inkues kenal pasti punca kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61446983818_950x600.jpg)
Kes bunuh Tapah: Polis mohon inkues kenal pasti punca kematian
Sehingga kini punca kematian tidak dapat dibuktikan terutama ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh sebelum ini tidak sepadan.