LANGKAWI: Kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu sebuah kereta lebih kurang 2.5 kilometer (km) sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa, dikaitkan pula dengan unsur mistik.
Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah berkenaan, namun rakaman audio perbualan suara kanak-kanak itu menceritakan kejadian tersebut kini tular di media sosial sejak malam Rabu.
Menurut kanak-kanak lelaki itu, bukan dia yang membawa kereta pada ketika itu, sebaliknya kereta itu dipandu seorang lelaki dipanggil 'Tok Wan'.
Menurutnya, ada beberapa lelaki lain iaitu ‘Tok Wan’, ‘Pak Lang’ dan ‘Pak Cik’ turut berada dalam kereta Toyota Vios itu yang mengajaknya untuk pergi bermain game (permainan video).
Menurut cerita kanak-kanak itu, individu yang dipanggil 'tok wan' menerusi ceritanya dikatakan tidak kacak, badan berbulu dan mempunyai suhu yang panas.
"Tidak 'handsome', badan dia panas dan ada bulu. Pak Lang tak ada bulu, dia bawa gajah handsome juga. Pak cik dok (duduk) depan," katanya.
Dalam rakaman sama yang dikongsikan di TikTok @daichidontcare, seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya turut mengulas tentang kejadian berkenaan.
Dia turut hairan bagaimana kanak-kanak lelaki itu mampu untuk memandu kereta sejauh 2.5km termasuklah mengundur kereta.
"Ni dia boleh keluar daripada rumah masuk gear dan turunkan handbrake (brek tangan). Kita pun terfikir macam mana dia reverse (undur kereta). Dia corner balik, keluar untuk masuk ke jalan raya," katanya.
Tambah lelaki itu, tangan kanak-kanak itu juga dirasakan tidak mampu untuk membawa turun 'handbrake' kereta kerana agak keras.
"Tapi apabila kita renung balik, cuba tengok. Kejadian pun nak jadi dekat titi cawang tu juga... tak kira macam mana pun," katanya.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang budak lelaki berusia enam tahun mengejutkan orang ramai apabila memandu kereta dengan membawa adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai di Langkawi sebelum terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan di dagu manakala adiknya tidak mengalami kecederaan.
Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.
"Siasatan juga mendapati ketika kejadian bapa sedang tidur, ibu ada dengan mereka dan kemudian ke bilik air. Selepas keluar bilik air mendapati kedua-dua mereka sudah tiada dalam rumah," katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 11 2023
Tangkap layar rakaman skrin audio perbualan kanak-kanak didakwa menceritakan tentang kejadian memandu kereta di Langkawi yang tular di media sosial sejak Rabu. - Foto Sinar Harian
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Kes budak enam tahun pandu kereta dikaitkan unsur mistik
Kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu sebuah kereta lebih kurang 2.5KM sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum dikaitkan dengan unsur mistik.