Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu langkah lebih proaktif segera diambil untuk memberi penekanan agama bagi menghadapi krisis nilai dan keruntuhan akhlak masa kini.
Baginda bertitah, penekanan kepada pendidikan agama itu penting kerana ia membawa impak lebih besar kepada pembangunan modal insan.
"Manusia yang mesti kita bangunkan pada hari ini ialah manusia yang tidak melupakan penciptanya, tidak terpengaruh dengan keindahan dunia serta menindas orang lain demi kepentingan diri dan ketamakan harta.
"Ilmuan yang ingin kita lahirkan ialah mereka yang membela nasib ummah, berbakti kepada nusa dan bangsa serta membawa rahmat kepada sekalian alam," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Hafazan Al Quran dan majlis berbuka puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini, pada Selasa. Teks ucapan baginda dibacakan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Jelas baginda, pemahaman Islam sebenar menjadi asas kekuatan sebagai umat Islam dan mereka harus berusaha memahami al Quran mengikut Nabi Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dan ketaqwaan hanya kepada Allah swt.
"Sejak turunnya wahyu pertama, al Quran terpelihara dalam keasliannya dalam dada sahabat dan penghafaz al Quran... mereka berperanan membantu memelihara keaslian dan melindungi kesahihan al Quran itu sendiri.
"Bilangan penghafaz Al Quran yang bertambah serta kecenderungan ibu bapa yang begitu berminat menghantar anak-anak mengikuti kelas tahfiz adalah satu petanda baik yang diharapkan berterusan," titah baginda.
Dalam pada itu, baginda turut menyatakan penghargaan terhadap kerajaan negeri dan Yayasan Pahang yang memberikan bantuan berterusan kepada MTNP bermula daripada pembangunan infrastruktur sehingga membangunkan sistem yang membolehkannya mencapai pelbagai kejayaan.
"Saya berbangga apabila dimaklumkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang mendapat keputusan terbaik bagi Sijil Pelajaran Malaysia, diploma dan kokurikulum, saya berharap pencapaian ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun akan datang," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 05 2018

Baginda bertitah, penekanan kepada pendidikan agama itu penting kerana ia membawa impak lebih besar kepada pembangunan modal insan. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Keruntuhan akhlak perlu diatasi dengan penekanan agama - Tengku Abdullah
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu langkah lebih proaktif segera diambil untuk memberi penekanan agama bagi menghadapi krisis nilai dan keruntuhan akhlak masa kini.