Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa diberitahu bahawa kertas siasatan SRC International Sdn Bhd diserahkan terus kepada Peguam Negara ketika itu Tan Sri Mohamed Apandi Ali tanpa melalui Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia adalah kes istimewa.
Perkara itu didedahkan Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain, 54, ketika disoal peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-58 perbicaraan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Saksi pendakwaan ke-57 itu berkata tidak ada mana-mana TPR dari SPRM menghalusi kertas siasatan kes itu sehinggalah ia diserahkan kepada Mohamed Apandi pada 2015 dan 2016.
Ketika Muhammad Shafee bertanya kepastiannya berhubung perkara itu, Rosli berkata beliau menyerah kertas siasatan itu terus kepada Mohamed Apandi memandangkan ia adalah 'kes istimewa'.
Muhammad Shafee: Saya katakan ini adalah tidak betul kerana saya pernah interview (temu bual) beberapa TPR dari SPRM.
Rosli: Selepas kertas siasatan itu diminit oleh pengarah bahagian operasi khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin, saya menyerahkan kepada Peguam Negara pada 31 Dis 2015 dan ia dikembalikan semula kepada SPRM pada 18 Jan 2016. Kami menjawab pada 22 Jan 2016, dan saya hantar terus ke Jabatan Peguam Negara. Saya tidak melalui mana-mana TPR.
Kepada soalan Muhammad Shafee adakah Timbalan Pendakwa Raya mendiang Datuk Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh pada 2015 terlibat dalam siasatan kes SRC, Rosli menjawab "tidak".
Ditanya Muhammad Shafee sama ada Kevin Morais terbabit dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), saksi menjawab "Tidak tahu".
Bagaimanapun, soalan peguam itu dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram atas alasan ia tidak ada sebarang kaitan dengan kes SRC.
Muhammad Shafee berkata soalan itu adalah wajar bagi membersihkan nama anak guamnya kerana terdapat pihak yang membuat fitnah bahawa Najib terlibat dalam pembunuhan itu dengan mendakwa Kevin Morais terlibat dalam siasatan kes SRC.
Rosli juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa menerusi kertas siasatan pada 2015 terdapat beberapa nama dicadangkan untuk didakwa atas kesalahan pecah amanah dana SRC.
Mereka termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin.
Rosli berkata, terdapat juga cadangan pendakwaan terhadap Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dan Pengarah Kewangan IPSB, Abdul Aziz Ismail.
Katanya, cadangan itu adalah pertuduhan di bawah Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).
"Cadangan ini adalah untuk (dakwaan) kesalahan yang berkaitan dengan pemindahan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta. Dakwaan ini adalah jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015," katanya.
Muhammad Shafee: Saya mencadangkan, dalam keterangan kamu, tidak ada kejujuran di beberapa bahagian?
Rosli: Tidak sama sekali Yang Arif.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Kes di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 22 Okt untuk pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan lisan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019
![Kertas siasatan SRC diserah kepada Mohamed Apandi tanpa diperhalusi TPR SPRM - Saksi Kertas siasatan SRC diserah kepada Mohamed Apandi tanpa diperhalusi TPR SPRM - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566945935_SPRMakhamah.jpg)
Rosli (kanan) berkata tidak ada mana-mana TPR dari SPRM menghalusi kertas siasatan kes itu sehinggalah ia diserahkan kepada Mohamed Apandi pada 2015 dan 2016. --fotoBERNAMA/Fail
![Dua lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan sekerja Dua lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan sekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723781692_LayZinTonMyoKyawHe.jpg)
Dua lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan sekerja
Dua lelaki warga Myanmar didakwa membunuh rakan sekerja dan senegara mereka di sebuah restoran di Bayan Lepas.
[TERKINI] Prestasi ekonomi: KDNK ST2 2024 tumbuh kukuh 5.9 peratus
Pengembangan ekonomi pada suku ini didorong terutamanya oleh peningkatan ketara dalam perbelanjaan isi rumah dan pasaran buruh yang kukuh.
![Pertumbuhan suku kedua ekonomi Malaysia kukuh pada 5.9 peratus Pertumbuhan suku kedua ekonomi Malaysia kukuh pada 5.9 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/51579437232_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Pertumbuhan suku kedua ekonomi Malaysia kukuh pada 5.9 peratus
Pertumbuhan ekonomi pada suku kedua ini didorong terutamanya oleh peningkatan ketara dalam perbelanjaan isi rumah dan pasaran buruh yang kukuh.
![5 maut selepas pesawat kecil terhempas di Hutan Amazon Brazil 5 maut selepas pesawat kecil terhempas di Hutan Amazon Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723780048_policeline.jpg)
5 maut selepas pesawat kecil terhempas di Hutan Amazon Brazil
Lima orang maut pada Khamis apabila sebuah pesawat enjin berkembar terhempas di sebuah ladang di bandar Apiacas, Hutan Amazon di negeri Mato Grosso, barat Brazil.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong oleh minat belian yang menyeluruh dengan kenaikan semalaman di Wall Street.
![Ringgit dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati Ringgit dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati.
![EPL: Teknologi ofsaid separa automatik sedang diperkenalkan EPL: Teknologi ofsaid separa automatik sedang diperkenalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723777452_Teknologiofsaid.jpg)
EPL: Teknologi ofsaid separa automatik sedang diperkenalkan
Hampir semua pengurus pasukan EPL menolak cadangan pengadil untuk mengumumkan setiap keputusan VAR menggunakan mikrofon untuk makluman peminat.
![Pelarasan gaji penjawat awam: Pegawai Kumpulan Pelaksana, Pengurusan Profesional naik 15 %, pegawai tertinggi 7% Pelarasan gaji penjawat awam: Pegawai Kumpulan Pelaksana, Pengurusan Profesional naik 15 %, pegawai tertinggi 7%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723779223_AnwarIbrahim.jpg)
Pelarasan gaji penjawat awam: Pegawai Kumpulan Pelaksana, Pengurusan Profesional naik 15 %, pegawai tertinggi 7%
Pelaksanaan pemberian gaji akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.
![Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723778186_Padi.jpg)
Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang
Jangkaan itu dapat dicapai kerana pemilihan kawasan bagi projek tersebut dibuat berdasarkan maklumat dan data status kesuburan tanah.
![Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723781595_MohdAzzuanAhmad.jpg)
Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh
Tertuduh, Mohd Azzuan Ahmad, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700133261_jasmineloojholow.jpg)
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
!['Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo 'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710497419_MDB.jpg)
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
![Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706609177_TBNajibjpg.jpg)
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704716766_NajibTunRazak.jpg)
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
![Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698900701_TBNajib.jpg)
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
![Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698900701_TBNajib.jpg)
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
![Muhyiddin titipkan doa buat Najib Muhyiddin titipkan doa buat Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698991918_MuhyiddinNajib.jpg)
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.