Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi jaminan beliau akan mengkaji secara teliti kertas siasatan mengenai kes SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata bukti telah diperoleh daripada lebih 100 saksi berhubung kes berkenaan.
"Ia bukan hanya satu fail. Jadi, saya perlu mengkajinya dengan teliti," katanya kepada pemberita pada perasmian Tahun Perundangan Negara 2016 di sini, hari ini.
Dalam kenyataan pada 31 Dis lepas, SPRM berkata ia sudah menyerahkan kertas siasatan kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara pada hari yang sama.
SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Mohamed Apandi berkata perlu ada keseimbangan antara hasrat melaksanakan akauntabiliti dan ketelusan berbanding keperluan mengekalkan kerahsiaan maklumat rasmi yang sensitif daripada orang awam.
Ini bagi mengelak berlakunya salah guna terutamanya dalam isu dan kes berprofil tinggi, sensitif dan kompleks, katanya.
Beliau mengingatkan hadirin pada majlis itu bahawa Pejabat Peguam Negara, sebagai sebahagian daripada perkhidmatan awam Malaysia yang ada kaitan dengan politik, terikat dengan kekangan undang-undang mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Ia juga perlu mematuhi arahan dalaman serta menyimpan rahsia tertentu dan peruntukan kerahsiaan seperti terkandung dalam undang-undang yang digubal oleh Parlimen.
"Tanpa mengambil kira sikap berdiam diri kami apabila berdepan dengan media dan orang awam, saya dan Pejabat Peguam Negara mendapati kami terpaksa berbuat demikian semasa menangani beberapa kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam," katanya.
Bernama
Fri Jan 08 2016
Dalam kenyataan pada 31 Dis lepas, SPRM berkata ia sudah menyerahkan kertas siasatan kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara pada hari yang sama. - Gambar fail
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Suara Rakyat: Ibu bapa gesa UPSR, PT3 dikembalikan semula
Ibu bapa menggesa supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikembalikan secepat mungkin bagi membolehkan penilaian kecenderungan kanak-kanak dibuat dari peringkat awal.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Kes 1MDB: Najib sakit lutut, berkerusi roda dan bertongkat ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.
1MDB hanya bayar AS$2.2 bilion kepada Aabar - Penyiasat
Richard Templeman mendedahkan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya membayar AS$2.2 bilion kepada Aabar Investments PJS Ltd.
Najib masih di hospital, perbicaraan 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa libatkan dana 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih di hospital.
Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi 1MDB sebelum 2014 - Mahkamah
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi yang didakwa salah antara 2009 dan 2014.
Mahkamah diberitahu PAC tidak salahkan Arul Kanda berhubung salah urus 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu PAC tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Nur Zahirah
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak yang lain bertanggungjawab kerana memfitnah Sultanah Terengganu.
Clare, dua pihak lain fitnah Sultanah Terengganu tetap kena bayar RM300,000
Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak lain yang memfitnah Sultanah Nur Zahirah dalam buku, The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose kekal diperintah membayar ganti rugi RM300,000.
Sakit lutut: Perbicaraan kes 1MDB hari ini, esok ditangguhkan
Dr Siti Hawa memaklumkan kepada hakim bahawa Najib telah dirujuk kepadanya semalam selepas mengadu mengalami sakit akut di lutut kanannya.
Saman 1MDB: Jho Low pindah US$2.4 juta wang 1MDB ke akaun selebriti Hollywood
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Jho Low menggunakan syarikat samaran miliknya, untuk memindahkan sejumlah US$2.4 juta daripada 1MDB ke dalam akaun bank selebriti Hollywood.