GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang telah menyerahkan kertas siasatan kes Ahli Dewan Undangan (ADUN) Perak yang ujian air kencingnya positif dadah ketika ditahan di sebuah pusat hiburan di Perai dekat sini bulan lepas, kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kertas siasatan yang lengkap dengan laporan patologi sampel air kencing ADUN itu diserahkan pada 3 Februari lepas.
"Setakat ini kami belum mendapat sebarang arahan daripada PPN untuk tindakan lanjut, sama ada untuk mendakwa atau sebaiknya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kertas siasatan berkenaan sebelum ini sudahpun diserahkan kepada PPN Pulau Pinang sekitar hujung bulan lepas, namun ia dikembalikan untuk beberapa tindakan susulan.
Pada 13 Januari lepas, dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam di sebuah pusat hiburan di Perai, 48 individu ditahan dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik manakala 12 lagi berkaitan kes jenayah, dan seorang daripada yang ditahan ialah ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu apabila ujian air kencing mendapati dia positif dadah.
Terence Naidu bagaimanapun menafikan beliau mengambil dadah, malah dalam surat penjelasannya kepada DAP beliau memberitahu hasil ujian saringan air kencing yang dibuat di sebuah klinik kemudiannya mendapati beliau negatif dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022

ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kertas siasatan yang lengkap dengan laporan patologi sampel air kencing ADUN itu diserahkan pada 3 Februari lepas. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga - KPN
Polis mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas mereka berkahwin di negara jiran pada September lalu.

Polis rekod RM95 juta kerugian jenayah komersial di Pahang pada 2024
Sebanyak 2,263 kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM95 juta pada tahun lepas.

Kematian empat ekor kucing akibat serangan haiwan liar - Polis
Tiada unsur penderaan dalam kes kematian empat ekor kucing yang dilaporkan di Universiti Malaya sejak Disember lalu.

Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.

Polis dituduh bunuh pelajar: Kertas siasatan diambil alih Bahagian Siasatan Daerah Ipoh - Saksi
Mahkamah diberitahu bahawa kertas siasatan kes polis didakwa membunuh pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie telah diambil alih pihak Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh.

12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.