KUALA LUMPUR: Kertas Putih Kesihatan adalah permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia untuk diteruskan sekiranya diterima, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata antara teras strategik kertas putih itu adalah memastikan kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk kesihatan iaitu tumpuan khusus diberikan kepada pembangunan skim insurans kesihatan nasional.
"Sekiranya mandat diperoleh melalui kelulusan Kertas Putih Kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil langkah seterusnya dengan menjalankan kerja-kerja asas yang diperlukan dalam pembangunan skim insurans kesihatan nasional seperti pengiraan kadar caruman yang bersesuaian, pembangunan pakej manfaat kesihatan dan penentuan mekanisme pembayaran pembekal perkhidmatan kesihatan.
"Justeru saya menyeru semua ahli Parlimen di dewan mulia ini untuk memahami dan menyokong Kertas Putih Kesihatan yang disasarkan untuk saya bentang di Parlimen bulan Jun ini," katanya ketika menjawab soalan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan skim insurans kesihatan kebangsaan.
Dr Zaliha berkata ketika ini KKM sedang meneruskan aktiviti libat urus dengan pihak berkepentingan untuk memastikan lebih ramai memahami serta memberi input dalam pembangunan Kertas Putih Kesihatan yang lebih mantap.
Menjawab soalan tambahan Zulkafperi mengenai status Kertas Putih Kesihatan itu, beliau berkata KKM sedang melakukan beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan akan melakukan sesi townhall kepada petugas kesihatan bagi memastikan mereka memahami kandungan kertas putih itu.
"Dasar yang kita gunakan untuk bangunkan kertas putih ini adalah satu dasar yang komprehensif yang kita akan cuba bangunkannya dalam masa 15 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
![Kertas Putih Kesihatan permulaan reformasi sistem kesihatan negara - Dr Zaliha Kertas Putih Kesihatan permulaan reformasi sistem kesihatan negara - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678252869_TBZalihaMustafa.jpg)
Dr Zaliha berkata antara teras strategik kertas putih itu adalah memastikan kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan mempelbagaikan sumber pembiayaan. - Foto BERNAMA
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Kertas Putih Kesihatan: Sektor swasta diperlukan, perkhidmatan kesihatan lebih efektif - Pakar Kertas Putih Kesihatan: Sektor swasta diperlukan, perkhidmatan kesihatan lebih efektif - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632648784_SyedMohamedAljunid.jpg)
Kertas Putih Kesihatan: Sektor swasta diperlukan, perkhidmatan kesihatan lebih efektif - Pakar
Reformasi berkenaan akan membolehkan KKM menumpukan kepada aspek lain berkaitan kesihatan penduduk.
![Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan - KKM Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675680556_AwangSauni.jpg)
Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan - KKM
Perkara itu juga membabitkan perkhidmatan kesihatan di Sabah yang memerlukan pemerhatian serta fokus terbaik daripada kerajaan Persekutuan.
![Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660571321_DatukDrNoorHisham.jpg)
Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia
Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![Kertas Putih Kesihatan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy Kertas Putih Kesihatan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653977444_khairyjamaluddinw.jpg)
Kertas Putih Kesihatan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy
Cadangan sedemikian bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara yang kalis masa depan.