Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu sebuah premis perniagaan di Gopeng dekat sini dan merampas produk keropok udang keluaran kilang itu kerana menggunakan logo halal yang meragukan.
Dalam serbuan pada Khamis dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPK) itu, sejumlah 396 unit keropok siap dibungkus dan 1,600 unit plastik pembungkusan yang mempunyai perkataan halal tulisan jawi dan rumi telah disita.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan dibuat selepas mendapat aduan orang awam berhubung penggunaan logo halal pada produk keropok udang yang dijual syarikat yang telah beroperasi selama dua tahun itu.
Katanya, hasil siasatan terhadap lelaki berusia 58 tahun yang dipercayai pemilik syarikat berkenaan, keropok mentah itu dibawa masuk dari Indonesia dan digoreng di premis tersebut sebelum dipasarkan di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) sepanjang laluan Tapah hingga Tanjung Malim.
Tambahnya, pegawai dari JAIPK juga telah mengesahkan syarikat tersebut tidak pernah membuat pemohonan sijil halal untuk produk keropok udang tersebut.
“KPDNKK memandang serius berhubung premis perniagaan yang menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barang-barang keluaran mereka, serta melangar undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
“Peniaga perlu tahu akan kesalahan yang melibatkan makanan, barangan dan perkhidmatan serta penggunaan logo halal atau apa-apa representasi yang menunjukkan bahawa makanan atau barang-barang yang boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam,” kata Shamsul Nizam.
Tambah beliau, Pegawai Pengkuatkuasa KPDNKK negeri telah diarah melakukan pemeriksaan terhadap keropok udang berkenaan di seluruh negeri bermula dari Tanjung Malim hingga ke Parit Buntar.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas di Ipoh pada Jumaat.
Shafiq Noordin
Fri Jan 05 2018
Sebahagian daripada produk keropok yang dirampas kerana mempunyai logo halal yang diragui. -Astro AWANI
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Keropok udang guna logo halal meragukan dirampas
Sejumlah 396 unit keropok siap dibungkus dan 1,600 unit plastik pembungkusan yang mempunyai perkataan halal tulisan jawi dan rumi telah disita.