Kerajaan berharap lebih banyak projek komersial di atas tanah wakaf dapat dibangunkan dengan kerjasama pemaju swasta di seluruh negara bagi memudahkan pemilikan rumah kepada umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, dengan adanya kerjasama tersebut, secara tidak langsung ia dapat mengatasi masalah tanah yang berpotensi tinggi tetapi tidak dapat dibangunkan, seterusnya memberi pulangan semula kepada umat Islam.
Jelasnya, pembangunan itu merupakan instrumen sosio ekonomi yang dapat meringankan beban kos pembangunan yang perlu ditanggung kerajaan untuk membangunkan tanah wakaf.
Katanya, pembangunan tanah wakaf amat penting pada masa depan, justeru ia perlu diuruskan dan dikembangkan menerusi peruntukan undang-undang khusus.
Tambah Mujahid, undang-undang itu kelak akan memastikan pengurusan tanah wakaf dilakukan secara telus dan bertanggungjawab selain melindungi pewakaf dari sebarang kemungkinan penyelewengan.
"Kami di peringkat persekutuan melihat masa depan wakaf sebagai alat penting bagi kita mengembangkannya lagi. Ia perlukan satu bentuk undang-undang yang akan mengawal ketelusan sekiranya terdapat penyelewengan.
"Undang-undang akan menjamin pewakaf ini. Dan, paling utama, sejauh mana kita mendorong dasar kerajaan, yang kalau (mereka) berwakaf, pulangannya pada dia ialah dari segi kepentingan," katanya.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2020 Oktober ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Pecah Tanah Projek pembangunan Wakaf Sette Aisah 2 anjuran Uda Holdings Berhad di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Sabtu.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings, Mohd Salem Kailany.
Uda Holdings Berhad bakal membangunkan projek pembangunan bercampur merangkumi kediaman dan komersial di atas tanah wakaf dengan usahasama Majlis Agama Islam Pulau Pinang ( MAIPP).
Pembangunan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM210 juta ini akan dibina pada suku ketiga tahun hadapan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2023.
Astro Awani
Sat Sep 21 2019
![Kerjasama swasta diharap bantu pembangunan komersial atas tanah wakaf - Mujahid Kerjasama swasta diharap bantu pembangunan komersial atas tanah wakaf - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61569102762_TBMujahidYusof.jpg)
Mujahid memerhatikan model pembangunan yang merangkumi kediaman di Taman Wakaf Seetee Aisah 2 selepas melancarkan dan pecah tanah Wakaf Seetee Aisah 2 di Butterworth, 21 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737718772_Harith.jpg)
Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
![[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan [KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735892357_Lelakialamiganggua.jpg)
[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan
Mungkin umat Islam perlu ambil nilai murni ditonjolkan seorang imam dalam kejadian di Finsbury Park, London yang menghalang seorang lelaki dipukul selepas merempuh jemaah masjid selepas solat.
![JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735712559_TBNAIMMOKHTAR.jpg)
JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak
Laporan keterangan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk pandangan dan tindakan susulan, termasuk kemungkinan tindakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
![Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak - MKI Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak - MKI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731576270_TBNohGadut.jpg)
Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak - MKI
MKI memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat dan menyeleweng serta bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
![Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734013804_SambutanKemerdekaan.jpg)
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
![Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733899103_tbAnwarIbrahim.jpg)
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
![Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732453550_MohamadSabuMenter.jpg)
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
![Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731447508_protectWaqf.jpg)
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
![GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726872711_AnwarIbrahim.jpg)
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).