KEMAMAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi termasuk di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Beliau berkata usaha mengeluarkan golongan miskin tegar daripada garisan kemiskinan juga boleh dilaksanakan bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang banyak membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan negara sejak penubuhannya pada 1987.
"Saya akan minta KKDW di bawah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya beri kerjasama dan badan-badan seperti Felcra, Risda serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencari jalan bagaimana aspek membantu rakyat termiskin itu tidak bertindih.
"... kerah tenaga dan bantuan supaya dapat tingkatkan khidmat serta usaha untuk tingkatkan prestasi AIM. Saya harap ada mesyuarat dan penyelarasan dengan AIM. Bangunkan AIM bukan sebagai satu badan biasa tetapi satu gergasi supaya terkenal seantero dunia dalam menyelesaikan kemiskinan," katanya.
Anwar berkata demikian semasa berucap pada majlis Kenduri Rakyat AIM bersama Perdana Menteri di Kolej Universiti TATI (TATIUC) di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga AIM Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid.
Anwar berkata rekod AIM dalam membantu orang miskin membolehkan kerajaan meletak kepercayaan dengan menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada agensi itu supaya ramai golongan sasar menerima bantuan.
Beliau berkata ini kerana dana itu memerlukan 'pengurusan lebih cermat serta cekap dan setiap sen yang dibelanjakan, perlu dipertanggungjawab' supaya mendatangkan keberhasilan.
Anwar juga berkata pelbagai bantuan lain seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan dalam membasmi kemiskinan tegar namun masih terdapat segelintir golongan yang tidak mengakui perkara itu.
"Semua orang boleh bercakap hendak membantu Melayu tetapi ujiannya adalah semasa kita berkuasa. Bila bercakap dalam kempen, apa yang kita dengar ialah Anwar dan Kerajaan Perpaduan tidak tolong Melayu, Islam. Saya sebutkan ini kerana ia berbeza (daripada apa yang diperkatakan).
"Apa yang kita buat? Contohnya harga (lantai) getah dahulunya RM2.50 sekilogram, tidak pernah naik dan bila kita ambil alih tahun lepas, dinaikkan kepada RM2.70 malah kini naik kepada RM3 sekilogram, begitu juga dengan hutang FELDA," katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menekankan kepentingan untuk negara terus berada dalam situasi aman, stabil dan kuat supaya lebih banyak program membantu rakyat boleh dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi termasuk di bawah KKDW dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar. - Foto FB Anwar Ibrahim

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.