KUALA LUMPUR: Walaupun hubungan diplomatik dan perdagangan penting dalam aspek kerjasama antarabangsa, namun, hubungan antara rakyat melalui pertukaran pendidikan dan budaya juga dilihat sebagai medium penting bagi pembentukan hubungan dua hala yang lebih kukuh, mampan dan bersifat jangka panjang.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, Malaysia berbangga menjadi sebahagian daripada komuniti Fulbright di bawah kendalian Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika Syarikat (MACEE), ke arah memperkukuh hubungan sedia ada antara kedua-dua negara.
Justeru, kata beliau, komitmen berterusan penting dalam memperluaskan perkongsian, mempertingkat dan menyatukan proses pembangunan sistem pendidikan tinggi, yang akhirnya meningkatkan kewibawaan di peringkat global.
"Malaysia sebagai sebuah negara yang mengejar matlamat untuk menjadi hab antarabangsa bagi pendidikan tinggi berkualiti perlu menyusun proses pengantarabangsaan secara strategik.
"Tumpuan mesti diberikan dengan mengambil kira kesan globalisasi dengan meletakkan nilai tinggi kepada ekonomi ilmu. Kita perlu mengambil kesempatan daripada pertukaran pengetahuan antara dua negara dan permintaan untuk pendidikan tinggi melalui mobiliti individu yang mencari pendidikan berkualiti," katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan majlis sambutan ulang tahun ke 75 Fulbright secara virtual hari ini.
Program berkenaan merupakan salah satu program biasiswa paling berprestij di dunia.
Program Fulbright ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1946 bertujuan untuk mengukuhkan persefahaman dan komunikasi di antara Amerika Syarikat dan negara lain dengan membiayai pelbagai pertukaran pendidikan.
Turut ditekankan Noraini ialah kolaborasi pelbagai sektor, apatah lagi pasca pandemik yang memerlukan lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang.
"Saya ingin menggesa semua pihak untuk mengambil peluang ini untuk mencipta dan berinovasi dengan menterjemah kepakaran dan penyelidikan anda kepada sesuatu yang menyumbang kepada penciptaan persekitaran dan sokongan bersama antara negara," tambahnya.
MACEE diasaskan pada 1963 sebagai suruhanjaya bi-nasional untuk Malaysia dan Amerika Syarikat bagi menggalakkan pertukaran pendidikan antara kedua-dua negara.
Antara graduan di bawah program ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, ahli astrofizik pertama negara, Prof. Emeritus Datuk Mazlan Othman serta saintis dan ahli akademik, Tan Sri Dr Augustine Ong.
Madiha Abdullah
Tue Dec 07 2021
Noraini berkata komitmen berterusan penting dalam memperluaskan perkongsian, mempertingkat dan menyatukan proses pembangunan sistem pendidikan tinggi. - Gambar BERNAMA
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
KPWKM akan siasat aduan pihak ambil kesempatan terhadap kanak-kanak - Noraini
Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntuk di bawah KPWKM sekiranya pihak terbabit didapati bersalah.
Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO
Noraini menyeru semua pihak agar beri sokongan kepada usaha mendesak proses perundangan timbang tara diperkemas dan diperbaiki.
Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur
Ujar Rosni, kebanyakan negeri menyatakan sokongan mereka tanpa paksaan kepada Ahli Parlimen Sulong itu untuk terus menerajui Wanita UMNO.
KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita
Ketika ini bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar.
Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum
Satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa.
Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini
Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.